the cooky wacky

Wednesday, September 9, 2009

Apakah Ramadhan buat mereka.



Satu.

Saya dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani. Tingkatan berapa tak ingat. Hari tu saya naik bas ekspress sebab tak ada mood nak naik bas henti henti. Bulan puasa, nanti letih. Kebetulan hari tu tak ramai orang. Saya pilih seat yang belakang sikit. Biasanya saya tak suka duduk belakang sebab ada ramai budak lelaki. Bising. Saya suka pilih seat yang dekat dengan pintu sebab nanti senang nak turun. Macam orang tua. Haha. Bukan nak dijadikan cerita, depan saya memang ada seorang laki laki sebaya saya. Dia berseorangan. Separuh perjalanan, saya memandangnya lagi. Sabar je lah. Tengah sedut teh ais?


Dua.

Kali ni saya dalam perjalanan pulang dari Alor Star. Saya melalui jalan short cut yang di sebelah kiri dan kanannya terdapat sungai, bendang dan rel kereta api. Jalan tu agak sunyi dan jauh dari rumah orang. 10 minit lagi nak sampai rumah, saya mengekori belakang sebuah motor yang dinaiki oleh dua pemuda. Masa tu, hanya kami yang memeriahkan jalan tersebut. Saya jarakkan kenderaan dengan harapan orang depan tak perasan. Macam biasa, bila naik motor saya dengan tak sengaja akan berangan. Tak kisah tentang apa saja tapi alhamdulillah belum pernah kemalangan. Nyaris nyaris tu ada la. Haha. Saya hanya tersedar bila orang depan membaling sesuatu ke kirinya sambil mengunyah ngunyah. Sesuatu yang berwarna pink dan coklat. Entah kenapa selepas perbuatan tu mereka perasan saya. Dia pandang saya sambil senyum nakal. Takutnya wey. Tak cukup dengan tu, dia meneguk air dan membaling botol tersebut ke dalam sungai. Rokok dinyalakan lantas senyum sinis. Tak guna. Ni confirm baru balik dari bazaar Ramadhan. Confirm. Dah sah la yang tadi tu murtabak. Saya terus memecut laju dan terlupa nak tengok no plat. Bukan apa. Manatau jiran sekampung ke. Nak la bagitau mak jangan ambik buat menantu.