the cooky wacky

Thursday, June 25, 2009

dah tengok Transformers chop!

haha annoying bukan. jadi semalam saya telah tengok Transformers dan saya menyukainya! alangkah lagi gembira kalau saya dapat seat pada row 1/3 dari belakang. saya beli tiket pukul 2pm untuk show pukul 2.40 pm dan itulah nasibnya, dapat seat pada row kedua dari skrin. tak guna betul. saya ingat semua orang pergi bekerja jadi panggung hanya penuh pabila malam menjelma. cis. but btw, nadiah tolong jangan jeles. haha. jadi saya yang pendek ini haruslah mendongak sepanjang panjang show untuk menikmatinya. balik terus beli ammeltz yoko yoko hehe takdela.








filem ini telah menceriakan hari saya dengan telatah mencuit hati bumblebee di awal cerita dan dirty jokes yang lain. haha. tahukah anda bahawa robot mempunyai jantina? (penipu) jikalau itu adalah bola bola, bagaimana pula rupa p ok ok dah takyah bayangkan haha harini kan puasa sunat. hish. cuma (mesti ada), kisah cinta sam dan mikaela macam dah biasa saya tengok dalam filem lain tapi tak ingat tajuk. lelaki yang susah mengungkapkan kata cinta hanya akan mengekspreskannya apabila terjadi sesuatu bencana. yeah u got it!






ok kesimpulannya pergi tonton filem ini kerana ia lucu dan saspen dan megan fox sangat hot hew hew DAN pada saya, tak usahlah bawa anak anak kecil kamu bersama menonton filem ini kerana gegendang telinga dan jantung mereka belum sesuai untuk menerima momentum efek bunyi yang kuat dan bising. beli vcd sudeh. ha kalau tengok upin&ipin takpe, mama bagi, ok? ceceh.











filem yang saya nanti nantikan musim ini!









Friday, June 19, 2009

babe, sumpah i tak lupa birthday you.




Di sini bermula perkenalan kita.





Dulu kamu rock, rambut kamu panjang dan berpipi tembam.




Dulu kamu suka jalan jalan pakai sneakers.





Selain itu, kamu amat gemarkan sporty shirt contohnya seperti tshirt Fila ni.






Dulu kamu ada boifren baik, tetapi itu sudah ketentuan tuhan untuk menjemputnya terlebih dahulu. Alfatihah. ha dah baca yasin kat dia belum bulan ni? (bulan, bukan minggu) Maaf yang ini tiada gambar dalam koleksi saya.






Sekarang rambut kamu pendek. comel la tu pose camtu tu? oh yang ni pakai sneakers sebab pegi trip.




Sekarang kamu sukakan kasut yang lebih menunjukkan keperempuanan. Tengok, kami pakai selipar dan sandal, kamu pakai pumps.





Dulu kamu suka sling bag dan beg besar. Sekarang dah suka bawa handbag you. =)


Sekarang kamu lebih sukakan feminine shirt and blouse. Masa ni, kenduri cukur rambut anak hanis. Hehe takdela.




Eh eh sape duduk sebelah kanan kamu tu? Haha. Tapi sekarang sudah tiada lagi. Tak yang ini bukan meninggal, but she deserve better. ''You know what I mean?’’-Sr. Mahyudin. (wife dia tau aku upload gambar ni, mampuih)



Dan kamu pakai mask (kadang kadang) haha takleh gelak padan muka dia haha.




Lepas pakai terus jadi camni hahah.




Dan kamu suka imran. Tapi dia muda lagi babe. Belas belas taun gak beza uh.




Eh kamu marah saya ke sebab bocorkan rahsia kamu?





Ok ok saya mintak maaf. hihi. Jom jom kamu suap saya sushi. Walaupun kamu tak into sangat dengan sushi ni semua tapi kamu ok je kan bila liana belanja. tak muntah hijau kira ok la tu. Chopp (tv9)! Kenapa kamu yang buka mulut? Saya yang nak makan ok ok ok.




Lagi satu pasal audition Jangan Lupa Lirik tu, lain kali cuba lagi ok. lagu Bossanova tu yang salah. Takpe, Nanti kalau saya kerja pada hari auditon, saya mintak cuti untuk teman kamu lagi. =)




Ha ok la. walaupuan saya tak dapt cium kamu macam kita buat pada liana, saya tetap sayang kamu. Mmuahh! (kemudian terus baca perkataan pada gambar cepat cepat)



HAPPY 22TH BIRTHDAY SYAFAF NUR!

semoga, semoga, semoga. Haha. Semoga kamu dapat apa yang kamu hajati ok. sebenarnya nak tulis syafaf tapi tertulis sayang. T_T






p/s: entri ini khas untuk kamu sebagai ganti, tak dapat buat parti mini mengejut. harap kamu gembira.



Monday, June 15, 2009

saya mahu berkahwin pada musim ini




bayangkan tulisan 'baru kahwin' (just married) tertera pada belakang kereta ini. haha. banyak sangat tengok drama orang putih ni.


Mak sudah mengotakan janjinya. Betul kata mak, lepas belajar baru cerita pasal kawin. Buktinya baru lebih sebulan saya tamat pengajian, pagi semalam mak bercerita pasal kenduri kawin saya. tihiihi. Kata mak, kalau ada jodoh dalam setahun dua lagi, kita buat lah. Kenduri tu nanti pakai catering saja. Khemah semua kita kira sekali. Memang betul pun. Itulah yang saya dah plan sorang sorang masa mak tak bagi cakap pasal kawin dulu. Almaklumlah, kat kampong ni ada pakatan. Ceh. Bunyi cam pakatan perang bugis-malaya 1409. Kalau kenduri, orang kampong yang dalam 1 pakatan tu akan datang tolong (yang lain pun maila jugak bukan tak mai langsung, satgi tak dapat bunga teloq) dari pasang khemah hinggalah kemas pinggan mangkuk bila kenduri habis. Saya iyakan saja. Saya ingat lagi ketika kenduri kahwin abang pada tahun 2002. Masak masak semua dilakukan di sebelah rumah saya yakni tepi bilik saya. Ya memang bau harum asap kayu api habis kena semua baju yang dah di seterika. terbaik.


Saya tahu, mak ayah saya sudah semakin berumur jadi saya tidak mahu lagi menyusahkan mereka di hari perkahwinan nanti (sekarang belum dapat kerja kena susah jugak la. T_T). mak kata, ayah pun setuju kalau buat buffet, tak payah hidang hidang ni semua. Letih nanti. Rumah pun mesti bersepah nanti kalau saya kena ikut suami pulang ke rumah mertua bagaimana siapa mahu kemas haha. Oh tunggu tunggu, mak kata, ayah pun setuju? Ini bermakna, mereka berdua telah berbincang mengenai perkahwinan saya? senyap senyap? Yeeehayabedabedu. Malu eh nak cakap depan saya. Hihi. Jadi kalau begitu, saya mahu berkahwin pada musim padi begini. Indahnya pemandangan. Saya mahu pada hari kenduri nanti, saya dan suami berpeluang merakamkan detik detik indah dengan memakai baju persalinan tradisional melayu, bergambar di tepi sawah padi yang menghijau.







Ouh. Cantiknya. Kalau tak salah, padi di tanam 2 kali setahun. Ini bermakna, saya harus melangsungkan perkahwinan samaada bulan 6 ataupun 11 jika mahu pokok padi sedang hijau. Macam cantik jugak bila nombor satu beratur atur. 11.11.11. tapi saya baru 24 masa tu. Haha. Pergi jahanam semua tarikh cantik. (eh dulu abang saya kahwin pada 22.02.2002. tak boleh jadi ni) Tak kesahla. Janji mak ayah dah bagi greenlight betol? Haha. Ni nak Tanya, yang duk kalut nak kawin ni, mana boipren? Ha yang tu kita tak tau haha. Deyyapeda!




Friday, June 12, 2009

kalau seorang, satu ronok.

kalau dua orang, dua ronok.
kalau tiga orang, tiga ronok.
kalau empat orang, ____________ ronok?







lepas habis exam, aku dan rakan rakan kelas ke air terjun Kanching.
lama gila tak mandi air terjun. asyik mandi air kolam renang ja ceceh.
bapak ah. sejuk gila. sejuk yang celup ja ibu jari kaki terus merah terus macam elektrik sampai kepala. siries tak hiperbola. betui. habis kulit aku jadi ruam pastu naik biji biji macam kena gigit nyamuk. padahal sebelum ni tak penah pun jadi camtu. kulit semakin hari semakin tak berkualiti. hush. tak baik woh. disebabkan dah lama pi sana, bulan lepas, so dah tak teruja sangat nak cerita. tapi best la kesimpulannya.







mangsa paling mencabar untuk dicampak. tengok, nak angkat punya payah.

ini dari kamera yang kat atas tu jadi lebih jelas limpahan air lepas dicampak






di manakah grid penulis blog? hee.

eh, dah habis. pasti rindu dengan semua ni di kemudian hari. tak sabar tunggu hari graduasi!


Sunday, June 7, 2009

bencinya terputus hubungan dan mudahnya mencuri kereta kancil.

pindah rumah baru dan tiada talian internet.
nak online kena p cc. wuwu. takbest langsung.
banyak benda nak cerita ni!


kita mulakan dengan kejadian malam smalam.
kunci kereta tertinggal di dalam kereta. mungkin si pemilik mahu segera cepat sampai dalam rumah walaupun jiran sebelah tak bela anjing pengawas. walaupun lagi lima langkah dah sampai pintu rumah. bukan nak terberak pun. oh mungkin nak terkentut pastu takut jiran sebelah dengar haha. ok sori sori. maen maen je.

dahlah tertinggal kunci, tak tutup enjin pulak tu. dahlah tertinggal kunci, takde kunci spare pulak tu. dahlah tertinggal kunci, haa memangla tinggal aku dengan si pemilik je kat rumah. reti pulak kami nak buat kan.

apa lagi. kami bergegas panggil mr.tan. mr.tan dan aku tak pernah bersua muka. dari cerita penghuni rumah, mr.tan seperti orang tua sebab dia selalu cakap, kalau ada hal jeritlah nama dia. macam hero haha. yela macam orang tua la sebab orang tua je selalu macam baik hati sikit kan. tapi mr.tan tu baru 30 lebih. cis.

jadi kami panggil dia elok elok. tak jeritla, nanti bini dia marah pulak. kan. rupa rupanya mr.tan tak tau buat pape pun. dahlah datang tak pakai kasut. gila la caring. bini dia yang tere. jadi bini dia la hero dalam cite ni. namun usahanya gagal. idea dah ada. cubaan yang baik ming ming.

kemudian jiran sebelah kami yang sombong tiba tiba pulang lantas dipanggil oleh mr.tan sebab usaha bininya tak berjaya. tapi yang ni tak sombong. orang lain dalam rumah tu yang sombong. betul. bila kami senyum dia tak balas pun. nak cakap senyuman kami tak menawan, mustahil la.

ok berbalik pada cerita tadi. si jiran yang bukan mr.tan tu berjaya membantu. eh siriesla. senangnya nak curi kereta? cabut getah tingkap, masukkan dawai dan tarik tarik sampai unlock. pastu cemana nak gerakkan kereta tu pandai pandai la kan. dah. pegi blaja. haha.


ok sehingga berjumpa lagi. bye.



pssst, lagi satu, abang tu cakap, boleh tengok kat bawah seat driver. ada lubang yang macam boleh jolok untuk tarik punat bonet belakang kereta. then bolehla masuk ikut situ bila bonet dah terbuka.