alkisahnya. syaf menangis teresak esak. kakaknya pulang ke Ipoh untuk menghabiskan cuti hari minggu bersama keluarga. si adik pula tak dapat join kerana sibuk dengan thesis. due date dah dekat siapa tak menggelabah. tiba tiba saja datang bilik aku meluahkan perasaan. dahla mata bengkak macam panda.
eh esok birthday liana, kata syaf tiba tiba. kami lantas teruja! *nanti hang liana*
kami muncul dengan plan A. ke rumah liana membawa 1 slice cake dan belon tertera happy birthday liana gemok pada jam 12 sudah mencukupi, kami kira. syaf, aku hanya ada 3 ringgit dalam purse. T_T.
kejap aku cek. oh aku ada 10 ringgit. ok jom!
dah nak tutup kedai baru nak plan. terima kasihlah pada kedai 24jam.
abg tu la yg potong kek hang weh. haha saja nak expose.
dalam perjalanan kami memikirkan cara bagaimana mahu memastikan liana tidak kemana mana jam 12. setibanya di rumah, syaf dihubungi oleh bapanya. anak manje abah ni...nanges ye?ololo cian die..nanti abah masuk duit ye..
pergh kalau macam tu minggu depan nangisla lagi. haha.
eh makin lebat pulak tangisan budak ni ha. memang boleh buat modal nak call liana nih. maka syaf memulakan agendanya. dia telah berjaya menghayati watak sehingga menangis ketika menelefon liana dan memberitahu bahawa aku tidak berada di rumah untuk dijadikan tempat mengadu ceceh. liana memang tak syak lagi lantas menenangkan syaf dengan cerita smsnya dengan lecturer setelah ponteng kelas. haha aku pon tegelak dengar cite tu weh! objektif call tercapai. liana ada di rumah.misi dimulakan. belon diconteng dan setelah dakwat kering aku meniup belon. weh pecah. mintak maafla teruja sangat nak tiup besar besar sampai nampak bentuk hati. dua pulak tu. T_T
susunan belon sebenar.
kira kira jam 11.30 kami bergerak ke rumah beliau. angin bertiup kadang kadang kencang. lilin tak dapat dinyalakan. cerita pasal lilin, masa beli kek lupa la pulak nak ambik lilin. nah, pakai saja lilin putih yang aku beli masa lampu toilet menjadi lampu disko haritu. boleh tahan comel jugak kalau sumbat atas kek. haha.
tepat jam 12,
hello, liana, kitaorang kat depan rumah kau.weh..betul ke..bencinya.(oh kami tak perlukan plan B. =p)liana keluar dan, HAHAHAHAHAHAHA.
aaaaa terharunyaaaa!blablabla the donats stuff blablabla.
kami berusaha menyalakan lilin dalam tiupan angin dan inilah hasilnya.
hihi. seronok.
terserlah keceriaan wajah birthday girl. perasan tak api dari lighter tu bentuk hati. akhirnya dapat jugak rasa aiskrim malaysia, thanks. kaki siapa tergantung, dahlah gemuk. eh mata panda dah hilangla.
so here i would like to wish-plus-a-big-hug-with-kiss a very HAPPY BIRTHDAY to my best-till-die-friend, LIANA EZZANA. twentytwo bring us close to our goals but a new challenge to face off.
''When our memories outweigh our dreams, we have grown old'' - Bill Clinton.