the cooky wacky

Sunday, February 22, 2009




ada orang bergaduh lagi.
tiba tiba aja dengar macam ada benda bertumbuk dengan dinding. bersyukurlah glass panel wall dicipta supaya hanya pecah bila dilanggar lari. eh lori hehe. depan mekdi seksyen 9 tu memang port bergaduh gamaknya. dah 2 kali aku jadi saksi top 10. hish. bukan best pun.

ni, kalau nak gaduh pi la stadium.
ok lah.
aku ke mana mana beberapa hari.

salam rindu semua. :)







Nah tengok video separa menggelikan.









Monday, February 16, 2009

kau tak berada di situasi aku.



sekarang pukul 3.32 am dan aku masih segar. internet macam gampang tak bagi aku buka facebook. lepas tu email dah bertambun tambun tak boleh nak bukak n dilit. mengecek email tu penting bagi aku, tahu. macam harem.
tapi blog n youtube boleh pulak. haih. pelik.aku saja saja cari video klip spice girls sebab tiba tiba terlintas dalam kepala otak nak tengok posh menari. nah ambik jumpa yang ni. maybe ramai yang dah tengok. tak kesahla.









i wanna ah i wanna ah i wanna ah i wanna ah i really really really wanna zigazig ahh. hahah. intro nak comel. dahla yang pakai baju bendera badan sekeping tu lentik badan nak over. dahla yang pakai seluar bintik bintik tu keras. dahla yang pakai cardigan pink menari best lepas tu buat comel angkat huruf AZ. dahla yang dress hitam tu keras sorang sorang kat blakang tiba tiba keluar ke depan masa nak habis lagu. posh habis ah tu. dahla yang baju oren pandai plit.










aku ingat orang gantung cd dalam kereta saja.



adehh. sakit perut aku gelak bisu sorang sorang dalam gelap. bukan apa. nanti rumet jaga pulak. ah esok aku nak tengok lagi sambil gelak keluar suara. haha.




pagi tadi rumet aku tanya, ''min kenapa semalam gelak sorang sorang?''
semangat aku cover gelak rrupanya dia sedar. wuu.


Saturday, February 14, 2009

aku keliru nak letak apa tajuk.



This is the end you know

Baby, the plans we had went all wrong

We ain’t nothing but fight and shout and tears

We can’t cry the pain away

We can’t find a need to stay

I slowly realized there’s nothing on our side

Out of my life, Out of my mind

Out of the tears that we can’t deny

We need to swallow all our pride

And leave this mess behind

Out of my head, Out of my bed

Out of the dreams we had, they’re bad

Tell them it’s me who made you sad

Tell them the fairytale gone bad.
























i cried a lot but, mercifully, the broken heart is mending gradually. its been a year we broke up kan wak.




Wednesday, February 11, 2009

the donats day out - plus three skeletons.

janggut dah tumbuh sebab dah lama tak update.


hujung minggu yang lepas, the donats keluar bermain dan bermandi mandi di sunway lagoon. seumur hidup aku, ini pertama kali jejak kaki ke sini. aku kan orang kampung. jadi masa kecik kecik takde la parents aku nak bawak kami sekeluarga ke kl/selangor semata mata sebab nak ke sunway lagoon. paling hebat aku pernah sampai masa kecik kecik dulu ialah bukit merah laketown resort, perak. itupun tak main gelongsor air pusing pusing yang tinggi tu sebab takut aku lemas bila dah sampai air nanti. padahal ada pelampung. -_-''. aku just naik cable car sambil gelak gelak sebab air dari seluar menitik kena orang bawah. hihi. dah la tu, bukan nak bawak pergi pulau orang utan. tak best gila. tau tak aku teringin sangat nak peluk anak orang utan. macam seronok j tengok iklan orang peluk peluk. dahla masa tu first time aku period. astaga.


aku bagun tengok liana tengah goreng popia d
an karipap. sedi and lisa pulak dah siap part depa, sandwich tuna dan sandwich telur. pergh. gilalah. lepas liana dah siap, aku goreng nugget. syaf tak bangun bangun lagi dengan alasan alarm tak bunyi lagi. kami dah bising bising kat dapur baru dengar suara dia, miiiiinnn...keluarkan fingers aku skali taaakkk. gemuk gila.


lepas brekfes, kami menuju ke sunway. dah beli tiket dah pakai jam semua, kami ke tempat imigresen. beg baju aku dikongsi bersama lia
na kerana agak besar. mamat pergi kaunter yang akak cek dan kami yang perempuan perempuan ni mestila nak abang yang cek supaya dia rasa malu bukak bukak beg nampak bra. mamat and lisa dah lepas sebab beg depa memang takde bekal. begpack syaf and sedi ada tapi tak berjaya dikantoikan abang tu. bila tiba beg aku dan liana, macam biasa dia suruh bukak. munkin setelah nampak bra, dia raba raba luar dari beg. dan, 'dalam ni ada makanan eh?'. liana tersenyum dan menggeleng. takde.
haha. aku neves. aku rasa abang tu tau dalam tu ada makanan tapi dia lepas sebab liana senyum kot. ceceh takyah aa nak bangga sangat liana. skill kami membalut tapawe dengan towel tebal dan meletak bra dikeliling beg dan dilapik dengan towel lagi, baju lagi untuk mengelak ditahan imigresen tak berapa nak berjaya nampaknya. fuh. takpe. janji lepas.




bekal nak heaven. menangis kot kalau imegresen rampas macam gini punya barang seludup.



sebelum tukar baju, kami main di amusement park. first thing yang kami naik ialah pirates revenge. menjerit sampai keluar air mata siries. air liur apatah la lagi. masa dia pusing 360 degree tu ya tuhan...liana kat sebelah jerit, 'gila!gila!'. aku lisa dan syaf hanya tahu aa aaa aaaa! sedi macam coo
l tak jerit sangat. dia memang kental weh. paling lawak mamat, 'tak nak dah tak nak dah. bang, cukup la tu'. macam abang tu dengar and nak hentikan pusing pusing tu serta merta. hahaha memang kena gelak! dahla dia sorang je laki.hakhak. sori na syaf.



masa naik tomahawk, syaf kata aku jerit sampai nampak anak tekak. haha. besungguh sungguh aku nampaknya. then masuk scream park. ala ala rumah hantu dan prison break. aku belakang liana sebab dia tinggi dan aku boleh sembunyi haha. aku macam takde perasaan nak jerit sangat masa ni tapi seboleh boleh aku taknak pandang muka dia. entah kenapa. tapi part prison break ok la. lampu kelip kelip tu macam real pulak. pastu pintu boleh gerak gerak. eh eh tampaq satgi kot. tapi bagi aku rumah hantu kat genting lagi best. hantu dia lagi real dan seram. dan yang paling real ialah bilamana dia pegang kaki aku time turun tangga. nak nangis kot. nilam aku ingat hang tarik baju aku sampai nampak perut. cis cis. nasib baik bae hero, duk depan skali.



inilah detiknya anak tekak aku berlari lari keluar.



water park paling best! tagteam kami, lisa n sedi, syaf n mamat, aku n liana. antara semua, team aku paling gemuk. jadi kalau naik sebarang permainan meluncur, pelampung kami paling ke depan. haha. betapa bestnya.



team masing masing



dah kenyang. sedia untuk meluncur!



go go power rangers!


kesimpulannya, kalau nak pergi eloklah berangka genap sebab kebanyakan aktivitinya berpasangan and 6 orang adalah jumlah yang ideal. sebab ada juga mainan yang perlu naik 6 orang dan ada yang 6 lane.



***jumpa budak kmpp masa naik grand canyon.


*** last week pergi kolej segi buat asg sikit. cantiklaa. memang bersegi segi.




Monday, February 2, 2009

seminggu berhari raya.. kunjung mengunjung sanak saudara ewah!

lama sungguh cek tak update. apa habaq orang kampung?
ceceh. ok semua, cuti cny+midsem aku balik kampung.
dah balik kampung, balik kampung lagi, sebelah mak, tidoq sana 2 hari.
malam pertama dah demam. sejuk beku aku dalam selimut.
mangkit pagi teruih sakit tekak.
mula la nak bebai.
lepaih tu dah mangkit bukan nak mandi, sejuk.
sesema takyah habaq la, habih tishu tu sekotak aku lap hidung.
memang habih. tak caya dah. sampai melupas kulit. nasib baik ada stok tishu 4 kotak kat rumah tu.
macam tau tau aku nak sesema.
nak mandi sejuk, last last pukoi 4 petang baru mandi.
sebab nak pi buat assigment, nak pi rumah orang ambik gambaq, takkan tak mandi. (sebenarnya mak yang suruh haha)





one of the case study element. masih kukuh dan terpelihara. nak buat rumah kayu zaman sekarang ni fuhh. lagi mahal beb.



rutin aku selama 2 hari kat kampung mak ialah pagi pagi pi beli ikan. beli kat tempat yang mana orang tangkap ikan baru balik dari laut. nilah dia. menggamit perasaan betoi nak nak masa sunset.






depan rumah tu ada pokok cermai. tau k rupa cermai cemana? tah tah dengaq nama pun tak pernah. lupa plak nak snap. masam nak mampuih buah tu. tapi cicah dengan garam belacan sedap ohh.



duduk kat kampung tu, tak kira pagi k tengahari k malam k semua pun makan nasik. siries aku tambah kg. tu yang meluat nak balik kampung tu. bukan tak mau balik kan. cece alasan haha.cerita pasal makan, dulu kat kampung aku ada nasik lemak 3 kupang sebungkus. rm 0.30 people. believe it or not. masa tu aku sekolah rendah. time weekend, mak aku akan beli nasik tu sebagai breakfast sebab aku suka. nasik lemak panas plus ikan bilis dan sambal yang di balut dalam daun pisang bila bukak kau akan hidu satu aroma sedap yang sukar diungkapkan dengan kata kata memang ugghhh tak sabar nak makan. komfem tak cukup sebungkus. komfem. jadi mak aku akan beli 2 bungkus khas untuk aku. kadang kadang aku rasa tak puas dan nak lagi. sebab aku gemuk. jadi pada minggu seterusnya mak aku beli 3 bungkus. nah ambik hang. makan puas puas. aku makan 3 bungkus nasik weh. ^_^. la ni nasik 3 kupang dah takada kot.



dari kecik sampai besaq gemuk tak habis habis.






ok sambung balik. petang baru sampai depa ajak pi pekena cendoi pulak. kita on ja. yang kat atas ni bola bola bakar. first time makan sebenarnya. kalau bukan sebab depa ajak, kompom aku tak beli kalau ada juai tepi jalan. tapi siries, benda ni sedap. rasa sekali nak lagi sehingga menjilat jari bak hang.


sebelum pi beli ikan sempat snap foto sawah area sini. matahari tengah naik. sakit mata cek. demi indahnya suasana desa. hew.





ini bukan pokok beras, sayang. T_T



sebenarnya aku teringin sangat nak main layang layang. tertarik gila tengok orang jual layang layang warna warni kat tepi jalan. tapi tak sempat. sobsob.
rasa macam singkat sangat aku bercuti. lagi sedih nak tinggal baby baby baru.



si tompok oren dan si tompok hitam. patutla dalam buku teks darjah enam kucing selalu nama si tompok.


belemoih sungguh la. tarik telinga satgi haa.



eh terspeaking plak. sori no.


*** yang warna hijau mestila aku baru edit.