the cooky wacky

Sunday, November 15, 2009

Patutla orang tak suka naik teksi.

Geramnya!
Tadi naik cab dari Plaza Masalam ke Plaza Alam Sentral. dekat cet ja kan. kami pergi 2 orang. masa naik tu saya dah perasan, kat meter stated 3.00. belum gerak lagi dah 3rm? memang camtu ke?

Bila sampai PAS, saya tanya, berapa ringgit? sengaja. dia cakap 5rm. saya cakap, tapi kat meter 4.50rm je? dia jawab, memang biasa 5rm, tapi takpelah. dia keluarkan 50sen bagi saya. saya dah 1 langkah keluar dari cab, dia cakap lagi, takpelah, tapi memang biasa 5rm. BAHAHAHA. harapan la saya nak bagi balik 50sen tu kan.

Dah penat, saya nak balik. naik cab lagi. Masalam, kata saya. sampai saja di tempat yang dituju, berapa rm ya? sopannya saya tihihi. 6rm. ha? tegezut mak. kawan saya cakap, tapi kat meter 4.90rm. taktik lama haha. eh tapi memang betul pun kat meter 4.90. tak puas hati la kami kan. malas la nak gaduh, sebab hujan. nanti basah.


Hmm. naik cab memang camtu ke? jakun jugak rupanya.

2 comments:

cik kedondong said...

cab mmg camtu..dah terdesak baru amek cab..cab dari sek17 sampai uitm puncak alam rm40..baek gi jalan2 kat melaka

mint. said...

peh. kaw kaw dia pau. sekarang sale 40rm boleh dapat 2 baby tee.