the cooky wacky

Monday, June 15, 2009

saya mahu berkahwin pada musim ini




bayangkan tulisan 'baru kahwin' (just married) tertera pada belakang kereta ini. haha. banyak sangat tengok drama orang putih ni.


Mak sudah mengotakan janjinya. Betul kata mak, lepas belajar baru cerita pasal kawin. Buktinya baru lebih sebulan saya tamat pengajian, pagi semalam mak bercerita pasal kenduri kawin saya. tihiihi. Kata mak, kalau ada jodoh dalam setahun dua lagi, kita buat lah. Kenduri tu nanti pakai catering saja. Khemah semua kita kira sekali. Memang betul pun. Itulah yang saya dah plan sorang sorang masa mak tak bagi cakap pasal kawin dulu. Almaklumlah, kat kampong ni ada pakatan. Ceh. Bunyi cam pakatan perang bugis-malaya 1409. Kalau kenduri, orang kampong yang dalam 1 pakatan tu akan datang tolong (yang lain pun maila jugak bukan tak mai langsung, satgi tak dapat bunga teloq) dari pasang khemah hinggalah kemas pinggan mangkuk bila kenduri habis. Saya iyakan saja. Saya ingat lagi ketika kenduri kahwin abang pada tahun 2002. Masak masak semua dilakukan di sebelah rumah saya yakni tepi bilik saya. Ya memang bau harum asap kayu api habis kena semua baju yang dah di seterika. terbaik.


Saya tahu, mak ayah saya sudah semakin berumur jadi saya tidak mahu lagi menyusahkan mereka di hari perkahwinan nanti (sekarang belum dapat kerja kena susah jugak la. T_T). mak kata, ayah pun setuju kalau buat buffet, tak payah hidang hidang ni semua. Letih nanti. Rumah pun mesti bersepah nanti kalau saya kena ikut suami pulang ke rumah mertua bagaimana siapa mahu kemas haha. Oh tunggu tunggu, mak kata, ayah pun setuju? Ini bermakna, mereka berdua telah berbincang mengenai perkahwinan saya? senyap senyap? Yeeehayabedabedu. Malu eh nak cakap depan saya. Hihi. Jadi kalau begitu, saya mahu berkahwin pada musim padi begini. Indahnya pemandangan. Saya mahu pada hari kenduri nanti, saya dan suami berpeluang merakamkan detik detik indah dengan memakai baju persalinan tradisional melayu, bergambar di tepi sawah padi yang menghijau.







Ouh. Cantiknya. Kalau tak salah, padi di tanam 2 kali setahun. Ini bermakna, saya harus melangsungkan perkahwinan samaada bulan 6 ataupun 11 jika mahu pokok padi sedang hijau. Macam cantik jugak bila nombor satu beratur atur. 11.11.11. tapi saya baru 24 masa tu. Haha. Pergi jahanam semua tarikh cantik. (eh dulu abang saya kahwin pada 22.02.2002. tak boleh jadi ni) Tak kesahla. Janji mak ayah dah bagi greenlight betol? Haha. Ni nak Tanya, yang duk kalut nak kawin ni, mana boipren? Ha yang tu kita tak tau haha. Deyyapeda!




11 comments:

syafaf said...

sangat bergelak ketawa aku bce entri nie..cepatlah pulang sayang....kami merindui mu...

nadiah norzemi said...

i jeles tepi rumah u maseh ada sawah padi indah lalu boleh tangkap gambar dan tulis entri 'saya mahu berkahwin pada musim ini'. kalau aku yang tepi rumah ada lalang ni bagaimana?

Hanis Zalikha said...

hahahahahahahahaha

cik nurliani ahmad mustafa said...

ament da gatai nk kawen!!
tapi bf xdak la plakk!!

nazminabdullah said...

@ syafaf

aku pun nak tergelak masa buat karangan ni. tak sabar mau pulang tapi apakan daya. =(


@ nadiah

sebenarnya gambar bukan diambil di kampung aku haha. lalang pun boleh kalau dapat angel cantik.


@ hanis

ok ok haha..

@ liani

tula pasai. cemana ni ish.

bintangbicara said...

min ! nak kawen jugak !
tapi single jugak T__________T

Liana Ezzana said...

mami baru ja baca ni..ish malu aih..
em..takda boipren pun takpa weh..angan2 tu penting..nnt dah ada calon takyah brangan lg dah..kenduri ja terus! huwahuaeawahauawa

nazminabdullah said...

@ bintangbicara

takpa. jom berangan dulu. haha


@ zaza eh zana

iyelah mami. kalau dah jodoh tak kemana ye dak.

nazminabdullah said...
This comment has been removed by the author.
liana said...

yeay! mint cepat kawen! nak baby! tunggu ajoy tatau bila ni! hahaa
mak hang da tak sabaq!!!

nazminabdullah said...

aku tunggu hg kawen dulu. hehe mak aku memang.