the cooky wacky

Sunday, March 22, 2009

majlis mini mengejut untuk kawan-sampai-mati.

alkisahnya. syaf menangis teresak esak. kakaknya pulang ke Ipoh untuk menghabiskan cuti hari minggu bersama keluarga. si adik pula tak dapat join kerana sibuk dengan thesis. due date dah dekat siapa tak menggelabah. tiba tiba saja datang bilik aku meluahkan perasaan. dahla mata bengkak macam panda.
eh esok birthday liana, kata syaf tiba tiba. kami l
antas teruja! *nanti hang liana*


kami muncul dengan plan A. ke rumah liana membawa 1 slice cake dan belon tertera happy birthday liana gemok pada jam 12 sudah mencukupi, kami kira. syaf, aku hanya ada 3 ringgit dalam purse. T_T.
kejap aku cek. oh aku ada 10 ringgit. ok jom!


dah nak tutup kedai baru nak plan. terima kasihlah pada kedai 24jam.
abg tu la yg potong kek hang weh. haha saja nak expose.

dalam perjalanan kami memikirkan cara bagaimana mahu memastikan liana tidak kemana mana jam 12. setibanya di rumah, syaf dihubungi oleh bapanya. anak manje abah ni...nanges ye?ololo cian die..nanti abah masuk duit ye..
pergh kalau macam tu minggu depan nangisla lagi. haha.
eh makin lebat pulak tangisan budak ni ha. m
emang boleh buat modal nak call liana nih. maka syaf memulakan agendanya. dia telah berjaya menghayati watak sehingga menangis ketika menelefon liana dan memberitahu bahawa aku tidak berada di rumah untuk dijadikan tempat mengadu ceceh. liana memang tak syak lagi lantas menenangkan syaf dengan cerita smsnya dengan lecturer setelah ponteng kelas. haha aku pon tegelak dengar cite tu weh! objektif call tercapai. liana ada di rumah.


misi dimulakan. belon diconteng dan setelah dakwat kering aku meniup belon. weh pecah. mintak maafla teruja sangat nak tiup besar besar sampai nampak bentuk hati. dua pulak tu. T_T

susunan belon sebenar.


kira kira jam 11.30 kami bergerak ke rumah beliau. angin
bertiup kadang kadang kencang. lilin tak dapat dinyalakan. cerita pasal lilin, masa beli kek lupa la pulak nak ambik lilin. nah, pakai saja lilin putih yang aku beli masa lampu toilet menjadi lampu disko haritu. boleh tahan comel jugak kalau sumbat atas kek. haha.



tepat jam 12,
hello, liana, kitaorang kat depan rumah kau.

weh..betul ke..bencinya.
(oh kami tak perlukan plan B. =p)



liana keluar dan, HAHAHAHAHAHAHA.
aaaaa terharunyaaaa!

blablabla the donats stuff blablabla.




kami berusaha menyalakan lilin dalam tiupan angin dan inilah hasilnya.
hihi. seronok.




terserlah keceriaan wajah birthday girl. perasan tak api dari lighter tu bentuk hati. akhirnya dapat jugak rasa aiskrim malaysia, thanks. kaki siapa tergantung, dahlah gemuk. eh mata panda dah hilangla.



so here i would like to wish-plus-a-big-hug-with-kiss a very HAPPY BIRTHDAY to my best-till-die-friend, LIANA EZZANA. twentytwo bring us close to our goals but a new challenge to face off.




''When our memories outweigh our dreams, we have grown old'' - Bill Clinton.





15 comments:

Hanis Zalikha said...

thanks for making my sister happy :) ive heard about this over the phone :D

nazminabdullah said...

haha. our pleasure. wish u was there to see the surprise though.

Mr. Chenna said...

ak pon nak gak beb!!!
hahahaha...
tanak sambut ka?

nadiah norzemi said...

mint.
selendang singapore dikesan.

nazminabdullah said...

@ Mr. Chenna

jauh.


@ nadiah

alat pengesan hang rosak teruk. pi pebaik.

.kakijalan. said...

pelik.
nape ade pix lampu kereta 2?
desktop background lak 2.
nway.nice party.

syafaf said...

weyh best gile time nih...
best!best!best!
can't wait to spend the ten ringgit days....
ha..ko jangan buat2 lupa a....

nazminabdullah said...

@ kakijalan.

jam menunjukkan waktu bermulanya episod cerita di sebelah.



@syafaf

siries. ok lepas thesis piker yang tu pulak.

Liana Ezzana said...

liana ezzana ingin mengucapkan terima kasih kepada nazmin dan syafaf. untuk pengetahuan korang aku sebenarnya tak sangka malam tu besday aku. penangan thesis gamaknya.

dengan berbekalkan beberapa ringgit, korang telah mensambut besday aku..sobs.

nanti dah keje, kita sambut hujung bulan na.. hiiiiiiiiiiiiiiiihiik :B

ok aku siries, bila dah keje, besday aku akan berubah menjadi 29mac.

nazminabdullah said...

nazmin pula ingin mengucapkan sama sama.

besday aku sememangnya hujung bulan yeay! *bangga*

liana said...

hahaha.kaki tegantung tah tahan!!!bila nak mai penang ni?rindu ah ah ah!

nazminabdullah said...

kerusi tu yang tinggi. gegege.
ha! piknik ngan ajoy nak?
bulan 6!

liana said...

naknak!!huhu.lama tak jumpa ajoy!

nazminabdullah said...

tengok gambaq baru dia kat fenster x?
haha

.kakijalan. said...

aiseh.
haah la.
x perasan di sini.
duh.