the cooky wacky

Tuesday, March 10, 2009

entah kenapa dengan _____________ ni.



aku semangat iron baju kurung malam semalam takut terlambat ke kelas Prof. bangun juga awal sebab nak mandi syampu rambut sekali gara gara takut lambat sampai kelas juga. dengan Prof tak boleh buat main. sampai kelas lambat kehadiran dapat kosong. sia sia kau berusaha cepatkan perjalanan setelah lambat bangun pagi. jadi perlu lebih berhati hati. sampai di traffic light pertama, terima sms mengatakan kelas batal ya terima kasihlah!



perjalanan ke kelas tetap diteruskan.




masih ada banyak masa sementara menanti kelas kedua. teringatkan baki questionnaire yang masih belum print aku melangkah ke OSC. sesampai di sana aku bercakap sorang sorang. ah, leganya tak ramai orang. cuma ada seorang perempuan tengah menggunakan pc untuk print. ini bermakna giliran aku betul betul selepas dia. tarik dan hembus nafas. ahh. setelah 15 minit masa berlalu, aku masih steady berdiri di belakang beliau. tiba tiba muncul 3 orang manusia untuk print juga. setelah agak 5 minit menunggu yang sorang tu mula bising. print apa ni lambat sangat. ni mesti budak junior ni (poyo gila. aku paling meluat istilah ni since sek menengah). hish. adik, paper habis ke? (dok cakap sorang sorang dari tadi). tak semena mena dia berdiri depan aku untuk usha dengan lebih dekat apakah assignment yang cuba budak tu print. perempuan ni dah lebih. sepak kang. nasib baik dia blah sebelum aku buat muka nak sepak. setelah budak tu habis print, aku ambil turn. (perempuan tadi mula berkata, oh, budak tu lama sebab dia print kaler. ya ya sila cover sebanyak mana yang anda mahu). setelah siap print aku tengok jam. baru aku sedar yang aku menunggu (berdiri) setengah jam hanya semata mata untuk print DUA HELAI kertas sahaja. tak sampai 2 minit. baiklah.





plan selepas kelas adalah untuk ke site yang pertama. sebelum itu, aku ke kedai untuk membaiki tayar motor yang flat. bila masa aku sedar akan kebocoran tayar itu cerita lain. benda yang boleh siap dalam masa 15 minit jadi 2 kali ganda. cover atas rantai motor tak boleh masuk apa jadah entah dia suruh tukar jadi hampair 45 minit aku kat situ. masa nak bayar cina tu tak caj untuk cover itu jadi aku hanya bayar duit tayar. woaa haha. entah kenapa tiba tiba kapcai aku bunyi tak sedap macam ada benda sangkut jadi aku singgah ke kedai tu semula. awal awal uncle tu cakap, tadi salah kira aa you tak bayar duit cover itu. yela kalau ye pun tunggu la aku matikan enjin dulu. nak bayar la ni. haish. awatla aku rajin pi sana balik kan. haha.




aku keluar makan selepas maghrib. beria undi nak pergi Noodle Station atau Santai (baling duit 50 sen lepas tu sangkut dalam almari, keputusan syiling adalah Santai). last last pergi Selera Kampung. tah apa apa. setelah selesai makan, baru kami sedar yang hujan turun dengan lebatnya dan rumet aku tekad nak redah kerana takut kedai yang seluarnya dihantar oter tutup. oh lupa kami naik kapcaiku. setelah mengambil seluar dan keluar dari mall, eh, hujan dah reda? yaaaaaaaaaa baiklah.




masing masing sampai rumah dengan kesejukan.



dan, dapat berita yang kelas esok hari juga batal. ahh. tak tergambar perasaan.

walaubagaimanapun, aku akan ke site seterusnya pada esok hari. semoga berjaya, diri sendiri.




***takyah la pikir pekataan isi tempat kosong tu. tak tau nak isi apa pun.

***ketahuilah aku gembira dan puas hati dengan presentation hari ini. good afford, mate!


blok lama memang kondisi tak berapa bagus.

6 comments:

-katun- said...

kampus mane ek?

nazminabdullah said...

shah alam.

-katun- said...

slalu lepak subang eh?

nazminabdullah said...

taklah. mau 2 3 bulan skali gak kot. haha. nape eh?

-katun- said...

saje..lokasi2 yg disebut2 di atas dkt. mane la taw tersepak kaki, berkalih bahu leh tegur2.

(secret admirer, konon!!) haha

nazminabdullah said...

ceh. saspen.
hehe. okeh.