the cooky wacky

Wednesday, February 11, 2009

the donats day out - plus three skeletons.

janggut dah tumbuh sebab dah lama tak update.


hujung minggu yang lepas, the donats keluar bermain dan bermandi mandi di sunway lagoon. seumur hidup aku, ini pertama kali jejak kaki ke sini. aku kan orang kampung. jadi masa kecik kecik takde la parents aku nak bawak kami sekeluarga ke kl/selangor semata mata sebab nak ke sunway lagoon. paling hebat aku pernah sampai masa kecik kecik dulu ialah bukit merah laketown resort, perak. itupun tak main gelongsor air pusing pusing yang tinggi tu sebab takut aku lemas bila dah sampai air nanti. padahal ada pelampung. -_-''. aku just naik cable car sambil gelak gelak sebab air dari seluar menitik kena orang bawah. hihi. dah la tu, bukan nak bawak pergi pulau orang utan. tak best gila. tau tak aku teringin sangat nak peluk anak orang utan. macam seronok j tengok iklan orang peluk peluk. dahla masa tu first time aku period. astaga.


aku bagun tengok liana tengah goreng popia d
an karipap. sedi and lisa pulak dah siap part depa, sandwich tuna dan sandwich telur. pergh. gilalah. lepas liana dah siap, aku goreng nugget. syaf tak bangun bangun lagi dengan alasan alarm tak bunyi lagi. kami dah bising bising kat dapur baru dengar suara dia, miiiiinnn...keluarkan fingers aku skali taaakkk. gemuk gila.


lepas brekfes, kami menuju ke sunway. dah beli tiket dah pakai jam semua, kami ke tempat imigresen. beg baju aku dikongsi bersama lia
na kerana agak besar. mamat pergi kaunter yang akak cek dan kami yang perempuan perempuan ni mestila nak abang yang cek supaya dia rasa malu bukak bukak beg nampak bra. mamat and lisa dah lepas sebab beg depa memang takde bekal. begpack syaf and sedi ada tapi tak berjaya dikantoikan abang tu. bila tiba beg aku dan liana, macam biasa dia suruh bukak. munkin setelah nampak bra, dia raba raba luar dari beg. dan, 'dalam ni ada makanan eh?'. liana tersenyum dan menggeleng. takde.
haha. aku neves. aku rasa abang tu tau dalam tu ada makanan tapi dia lepas sebab liana senyum kot. ceceh takyah aa nak bangga sangat liana. skill kami membalut tapawe dengan towel tebal dan meletak bra dikeliling beg dan dilapik dengan towel lagi, baju lagi untuk mengelak ditahan imigresen tak berapa nak berjaya nampaknya. fuh. takpe. janji lepas.




bekal nak heaven. menangis kot kalau imegresen rampas macam gini punya barang seludup.



sebelum tukar baju, kami main di amusement park. first thing yang kami naik ialah pirates revenge. menjerit sampai keluar air mata siries. air liur apatah la lagi. masa dia pusing 360 degree tu ya tuhan...liana kat sebelah jerit, 'gila!gila!'. aku lisa dan syaf hanya tahu aa aaa aaaa! sedi macam coo
l tak jerit sangat. dia memang kental weh. paling lawak mamat, 'tak nak dah tak nak dah. bang, cukup la tu'. macam abang tu dengar and nak hentikan pusing pusing tu serta merta. hahaha memang kena gelak! dahla dia sorang je laki.hakhak. sori na syaf.



masa naik tomahawk, syaf kata aku jerit sampai nampak anak tekak. haha. besungguh sungguh aku nampaknya. then masuk scream park. ala ala rumah hantu dan prison break. aku belakang liana sebab dia tinggi dan aku boleh sembunyi haha. aku macam takde perasaan nak jerit sangat masa ni tapi seboleh boleh aku taknak pandang muka dia. entah kenapa. tapi part prison break ok la. lampu kelip kelip tu macam real pulak. pastu pintu boleh gerak gerak. eh eh tampaq satgi kot. tapi bagi aku rumah hantu kat genting lagi best. hantu dia lagi real dan seram. dan yang paling real ialah bilamana dia pegang kaki aku time turun tangga. nak nangis kot. nilam aku ingat hang tarik baju aku sampai nampak perut. cis cis. nasib baik bae hero, duk depan skali.



inilah detiknya anak tekak aku berlari lari keluar.



water park paling best! tagteam kami, lisa n sedi, syaf n mamat, aku n liana. antara semua, team aku paling gemuk. jadi kalau naik sebarang permainan meluncur, pelampung kami paling ke depan. haha. betapa bestnya.



team masing masing



dah kenyang. sedia untuk meluncur!



go go power rangers!


kesimpulannya, kalau nak pergi eloklah berangka genap sebab kebanyakan aktivitinya berpasangan and 6 orang adalah jumlah yang ideal. sebab ada juga mainan yang perlu naik 6 orang dan ada yang 6 lane.



***jumpa budak kmpp masa naik grand canyon.


*** last week pergi kolej segi buat asg sikit. cantiklaa. memang bersegi segi.




7 comments:

nadiah norzemi said...

min,mesti time maen kat pantai liana berpaut dkt pelampung ang kan.

nazminabdullah said...

makan dalam kot.

syafaf said...

best!best!best! SSSSAAAAAAANNNNNGGGGGGAAAATTTTTT best..

nazminabdullah said...

siries.

elmoluvpaddigton said...

yesh~! betul tekaan ku~ yg hujung skali tu hg... cumei laa wei~ siyes~!! =)

Liana Ezzana said...

aku pun rasa beg kita lepas sebab aku senyum.
eh eh rilek2 sume org..

wey..awat gambaq aku mcm &^%$#@!

nasib baik gambaq tangan mcm power ranger yg hensem.

nazminabdullah said...

@ elmo

tahniah! anda telah terpilih untuk menerima sebuah minivan haha merepek.


@liana

haha bwekk.

macam gedik k? memangla.

ha lah baru pasan lagi hensem dari tangan mamat. tangan aku dah bulat gemuk penuh isi tak nampak tulang.