the cooky wacky

Sunday, January 18, 2009

tiren tu menatang apa tah.

sebenarnya nak tengok yes man. tapi xde show untuk late night la pulak. kecewa la jugak.
bedtime story katanya bosan. maut, boleh download/tengok cd je kot. yang lain memang kurang berminat. jadi kami pilih tiren. sebab poster nampak horror. macam ada orang tengah mandikan mayat pastu ada pocong dah siap tunggu tepi pangkin bagi sokongan moral.




tiputipu! buat pelaris











jalan ceritanya tipikal dan straight di mana pada 1/5 dari filem semua orang dah boleh agak siapa yang buat taik, siapa yang bunuh siapa yang dendam siapa yang pocong siapa yang serigala siapa yang vampire siapa yang aku tipu mana ada serigala tu cerita underworld yang belum tayang haha bwekk. shot dalam poster yang konon konon nampak horror tu memang lah betul konon konon sebab kau takkan jumpa pun adegan tu dalam filem ni. sungguh bedebah. berani kau!



intro filem telah berjaya membuatkan orang tertanya tanya, ni filem seram ke kelakar weh? sadis. 3 orang pelakon penceria yang bertugas sebagai pemandu teksi kot, memang kelakar dan buat kau eh aku menendang nendang kerusi depan sebab seat depan takada orang. eh tapi kau takyah la buat kalau depan tu ada orang macam orang belakang aku. bengkek betol. tau lawak pecah perut pun tapi kaki takyah excited sangat pun takpa kot. part seram memang seram dan macam biasa aku tutup muka dengan sweater untuk menghalang sebarang cahaya membias muka dan sound effect memang. memang taknak kalah. gadis gadis juga cun dan seksi tapi aku tak paham kenapa perempuan tu nak kencing di kawasan kubur. sabar ya kawan kawan. and aku rasa dia cut la part atas katil tu. haish. mana boleh macam ni. dan dialog dialog juga berbaur lucah dan mendalam. memalukan pun ada.



aku belajar benda baru. kebab daging = sate.


ok dah.
aku sarankan kalau nak tengok pergilah bersama rakan rakan kerana ianya sesuatu yang menyeronokkan dapat menjerit, menutup muka dan ketawa bersama.



thanx nilam sebab belanja tiket muvi. =)




*** aku tipu weh. tak bermati matian pun untuk thesis. ~_~ <- bergenang. *** eh ke tiren tu singkatan bagi maTI kemaREN?

11 comments:

flirtyohlala said...

hoh! baru aku prasan.mmg tiren tu mmg maTI kemaREN la..bang2..nama saya bukan iren..tapi TIREN..bangang punya cita!!!haha

syafaf said...

linda onn jge tertipu dgn poster seram film tiren terbabit...

ykajane said...

naseb baik hang dah tulis psl ni mint
ka baru ingat nk g tengok
:p
p/s : JANGAN TENGOK MAUT !! TAK BEST GILA

nazminabdullah said...

@flirtyohlala

haha. aku takleh lupa part last2 yang dia raba kaki nak tengok tu hantu k manusia. mau pecah perut time tu. adehh. penat gelak!



@syafaf

jadi aku juga sudah tertipu dengan fahrin.
k xd kena mengena.



@yka

siries? nasib baik tak pilih maut aritu. tiren macam cita lawak dalam seram sebenarnya. 2 in 1. haha boleh kot.

nazminabdullah said...

eh kejap. tulisan huruf besar tu bermaksud benar atau ada udang di sebalik mee?

NIMI♥ Co. said...

akan ku pegi tgk i2 filem..
btw, ur skinny cun r..

babe, leh tak link me up??
i already link u up..
hehe!!

Liana Ezzana said...

Nazmin!! em..sesungguhnya aku sgt tertarik ngn poster terbabit sebab siries horror dan rasa nak tgk cite tuh!
pastu setelah membaca ulasan hang, aku cam tak pasti..cecehh..

NICK said...

ykajane,
aku sokong.

err..adakah jejaka didalam gambar itu namanya alif?

nazminabdullah said...

@nimi

haah skinny itu cun kaan.
but that's not me. =B

im so sorry coz i only link my friend's blog into my bloglist.
but dont worry, u're welcome to promote ur blog/stuff at my telipon burok.
btw thanx for linking me up. =)



@liana

ulasan aku mmg moderate. sengaja buat org gelisah nak pergi ke tak. hahahaktuih!
pi pi tengok!


@nick
iya nick. itu aliff.

yakuza merah said...

erkhh sowi
actually, x kenal awak pun
tp da maen clik2 jek
ternampak plak blog ni ade pasal TIREN
sy pun tertengok coz poster dia
sekali masuk, nauzubillah
LUCAHHHH
betui kan..
disarankan jgn la owg laen p tgk
buang duit

nazminabdullah said...

@yakuza merah

rilek rilek sudah.