the cooky wacky

Monday, February 2, 2009

seminggu berhari raya.. kunjung mengunjung sanak saudara ewah!

lama sungguh cek tak update. apa habaq orang kampung?
ceceh. ok semua, cuti cny+midsem aku balik kampung.
dah balik kampung, balik kampung lagi, sebelah mak, tidoq sana 2 hari.
malam pertama dah demam. sejuk beku aku dalam selimut.
mangkit pagi teruih sakit tekak.
mula la nak bebai.
lepaih tu dah mangkit bukan nak mandi, sejuk.
sesema takyah habaq la, habih tishu tu sekotak aku lap hidung.
memang habih. tak caya dah. sampai melupas kulit. nasib baik ada stok tishu 4 kotak kat rumah tu.
macam tau tau aku nak sesema.
nak mandi sejuk, last last pukoi 4 petang baru mandi.
sebab nak pi buat assigment, nak pi rumah orang ambik gambaq, takkan tak mandi. (sebenarnya mak yang suruh haha)





one of the case study element. masih kukuh dan terpelihara. nak buat rumah kayu zaman sekarang ni fuhh. lagi mahal beb.



rutin aku selama 2 hari kat kampung mak ialah pagi pagi pi beli ikan. beli kat tempat yang mana orang tangkap ikan baru balik dari laut. nilah dia. menggamit perasaan betoi nak nak masa sunset.






depan rumah tu ada pokok cermai. tau k rupa cermai cemana? tah tah dengaq nama pun tak pernah. lupa plak nak snap. masam nak mampuih buah tu. tapi cicah dengan garam belacan sedap ohh.



duduk kat kampung tu, tak kira pagi k tengahari k malam k semua pun makan nasik. siries aku tambah kg. tu yang meluat nak balik kampung tu. bukan tak mau balik kan. cece alasan haha.cerita pasal makan, dulu kat kampung aku ada nasik lemak 3 kupang sebungkus. rm 0.30 people. believe it or not. masa tu aku sekolah rendah. time weekend, mak aku akan beli nasik tu sebagai breakfast sebab aku suka. nasik lemak panas plus ikan bilis dan sambal yang di balut dalam daun pisang bila bukak kau akan hidu satu aroma sedap yang sukar diungkapkan dengan kata kata memang ugghhh tak sabar nak makan. komfem tak cukup sebungkus. komfem. jadi mak aku akan beli 2 bungkus khas untuk aku. kadang kadang aku rasa tak puas dan nak lagi. sebab aku gemuk. jadi pada minggu seterusnya mak aku beli 3 bungkus. nah ambik hang. makan puas puas. aku makan 3 bungkus nasik weh. ^_^. la ni nasik 3 kupang dah takada kot.



dari kecik sampai besaq gemuk tak habis habis.






ok sambung balik. petang baru sampai depa ajak pi pekena cendoi pulak. kita on ja. yang kat atas ni bola bola bakar. first time makan sebenarnya. kalau bukan sebab depa ajak, kompom aku tak beli kalau ada juai tepi jalan. tapi siries, benda ni sedap. rasa sekali nak lagi sehingga menjilat jari bak hang.


sebelum pi beli ikan sempat snap foto sawah area sini. matahari tengah naik. sakit mata cek. demi indahnya suasana desa. hew.





ini bukan pokok beras, sayang. T_T



sebenarnya aku teringin sangat nak main layang layang. tertarik gila tengok orang jual layang layang warna warni kat tepi jalan. tapi tak sempat. sobsob.
rasa macam singkat sangat aku bercuti. lagi sedih nak tinggal baby baby baru.



si tompok oren dan si tompok hitam. patutla dalam buku teks darjah enam kucing selalu nama si tompok.


belemoih sungguh la. tarik telinga satgi haa.



eh terspeaking plak. sori no.


*** yang warna hijau mestila aku baru edit.



10 comments:

syafaf said...

weyh..aku terasa sorg2 bile bce ayat tang pokok cermai tue...hahahaha...
len kali snap gmbar pokok cermai tue..nama dia cm best..cam permai...

flirtyohlala said...

wah.teliuq gla buah cermai.baca2 teliuq.haha

nazminabdullah said...

@syaf

buah permai. boleh tahan nyaman jugak. tapi aku rasa chermai lagi sedap.



@flirtyohlala

tumbuk tumbuk lepas tu cicah. telan ayaq liuq dah aku.

joegrimjow said...

durian xde ke?
nak makan durian....

nazminabdullah said...

18 kali jumaat lagi tiba la musim durian gamaknya. =B

ika said...

kampung kepada kampung mint kat mana ?
betullah kedah jelapang padi. cantik :)

Liana Ezzana said...

wahai bayi yg gemuk..geramnya tgk tangan dia berlipat2..weh..macam teringin bola2 api..eh bakar..

nazminabdullah said...

@ika

cantik! =)
dekat dekat saja. gege.


@liana

tau tak kesan lipatan tu ada sampai sekarang. haha. bukti.

jom babi beratur!

flirtyohlala said...

wei kampung hang kat mana?

nazminabdullah said...

awat awat ?
hehe