the cooky wacky

Sunday, December 20, 2009

Avatar?

A great fantasy story that I don't want to imagine except the glow-in-the-dark park of wilderness species.

Sunday, December 6, 2009

Bagi can la jadi raja 1 hari.

Sepupu saya kahwin. Dalam generasi kedua ni, saya cucu paling bongsu dan dia kedua. Sekarang dia dah kahwin, maksudnya? Maksudnya tinggal saya je la yang belum! ahaha suka suka.


jadi ambik berkat malam berinai tu perlu. haha.

esoknya, mesti la nak tengok kamera dulu baru makan kann.

suasana tu penting.



budak budak selalu tak puas hati kalau tengok pengantin tak mekap, tak pakai baju pengantin. lepas tu siap tak percaya tu pengantin. (saya pun dulu camtu haha)




Lovers can do their amorous rites by their own beauties - Shakespeare



SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BAHAGIA SAMPAI BILA BILA.
''SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA SUAMI ISTERI''



Friday, December 4, 2009

TAK PAYAH SUSAH SUSAH NAK UNDER-ESTIMATE ORANG LA WEY.











babi!

Thursday, November 26, 2009

Raya Qurban 2009

Actually this is my first time being apart from family for a first day Raya. As I just started working within this few days, I am not allowed to take leave for a first three month, at least. I have to work until Thursday, without compromy. The only chance to be at home early for the first day is by flight, but I cannot afford the peak time price. Bus! yes, bus which takes about 6 to 7 hours from Shah Alam. Tired. I'll sleep for a whole day raya but unfortunately, of course, cannot, right. So I've made up my mind. I will celebrate this Raya Qurban in Ipoh, with Syafaf's family which I feel warm, welcome and adorable in there. Only in the evening I'll take my ride home.



*** I have to attend my cousin's wedding on Sunday and feeling guilty because I have no special present for her yet. Damn my cash for a smooth flowed! (ILOVESALE)

*** SELAMAT HARI RAYA QURBAN. JANGAN MAKAN DAGING BANYAK. (KECUALI SUP GEAR BOX)

Saturday, November 21, 2009

Jadi..apa pendapat kamu tentang 2012?

Saya, bosan dan tiada impak. Cuba lagi dua tahun depan. Bye.







FILEM-WAJIB-TONTON TAHUN 2010 JATUH KEPADAAAA
''ALICE IN WONDERLAND'' !!! BY TIM BURTON.


Tengok la dia ni.. hish. balik mandi! lempang kang.




Sunday, November 15, 2009

Patutla orang tak suka naik teksi.

Geramnya!
Tadi naik cab dari Plaza Masalam ke Plaza Alam Sentral. dekat cet ja kan. kami pergi 2 orang. masa naik tu saya dah perasan, kat meter stated 3.00. belum gerak lagi dah 3rm? memang camtu ke?

Bila sampai PAS, saya tanya, berapa ringgit? sengaja. dia cakap 5rm. saya cakap, tapi kat meter 4.50rm je? dia jawab, memang biasa 5rm, tapi takpelah. dia keluarkan 50sen bagi saya. saya dah 1 langkah keluar dari cab, dia cakap lagi, takpelah, tapi memang biasa 5rm. BAHAHAHA. harapan la saya nak bagi balik 50sen tu kan.

Dah penat, saya nak balik. naik cab lagi. Masalam, kata saya. sampai saja di tempat yang dituju, berapa rm ya? sopannya saya tihihi. 6rm. ha? tegezut mak. kawan saya cakap, tapi kat meter 4.90rm. taktik lama haha. eh tapi memang betul pun kat meter 4.90. tak puas hati la kami kan. malas la nak gaduh, sebab hujan. nanti basah.


Hmm. naik cab memang camtu ke? jakun jugak rupanya.

Saturday, November 14, 2009

Redza Minhat is my new search (google images la apa lagi)

Mungkin ramai yang tak tahu saya peminat gila babeng Johnny Depp. Maksud saya macam kalau saya tengok dia beraksi di kaca tv saya akan senyum, kagum, geram dan rasa nak peluk. Imaginasi saya, memang, selalu juga salahkan dia. Tapi imaginasi juga baik untuk perkembangan minda kan? hehe.

Macam bila saya ada masa terluang dulu, saya selalu tunggu depan tv pukul 4.30 pm sebab ada cerita Zati & Mawas. Walaupun Kamal Adli jadi mawas saya peduli apa. Saya suka dia. Tambah tambah masa episod last last tu time dia dan Zati dah bahagia tu. ah. The way he talks, the way he smiles, the way he teases his girl, oh my.. dan dalam drama Bio-Nik tu, pun sama. Saya tengok drama tu part dia dan Aina je. Part lain saya tukar cenel. hehe. Betapa nya saya, betapa.


Saya tak kenal pun Redza Minhat sebelum ni. Saya tengok Pisau Cukur sebab saya minat Fazura. Tapi, jangan tak tahu, saya terjatuh suka pada dia semasa di pawagam. Cop lelaki gigi besi cop! Lelaki gigi besi yang cool, smart dan stylo. Macamana saya tak suka ini macam punya lelaki haduyai. Bila saya letak gambar mereka sebaris (siap compare tak tahannn) saya pun tengok apabenda la yang saya suka sangat pada mereka ni.


Mengantukla. Nanti la sambung. Bye.


Wednesday, November 4, 2009

Ni buah apa?



Ni buah apa?
Orangbutan.
Buah apa?
Orangbutan.
Buah apa, sekali lagi?
Orangbutan.




Wednesday, September 9, 2009

Apakah Ramadhan buat mereka.



Satu.

Saya dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani. Tingkatan berapa tak ingat. Hari tu saya naik bas ekspress sebab tak ada mood nak naik bas henti henti. Bulan puasa, nanti letih. Kebetulan hari tu tak ramai orang. Saya pilih seat yang belakang sikit. Biasanya saya tak suka duduk belakang sebab ada ramai budak lelaki. Bising. Saya suka pilih seat yang dekat dengan pintu sebab nanti senang nak turun. Macam orang tua. Haha. Bukan nak dijadikan cerita, depan saya memang ada seorang laki laki sebaya saya. Dia berseorangan. Separuh perjalanan, saya memandangnya lagi. Sabar je lah. Tengah sedut teh ais?


Dua.

Kali ni saya dalam perjalanan pulang dari Alor Star. Saya melalui jalan short cut yang di sebelah kiri dan kanannya terdapat sungai, bendang dan rel kereta api. Jalan tu agak sunyi dan jauh dari rumah orang. 10 minit lagi nak sampai rumah, saya mengekori belakang sebuah motor yang dinaiki oleh dua pemuda. Masa tu, hanya kami yang memeriahkan jalan tersebut. Saya jarakkan kenderaan dengan harapan orang depan tak perasan. Macam biasa, bila naik motor saya dengan tak sengaja akan berangan. Tak kisah tentang apa saja tapi alhamdulillah belum pernah kemalangan. Nyaris nyaris tu ada la. Haha. Saya hanya tersedar bila orang depan membaling sesuatu ke kirinya sambil mengunyah ngunyah. Sesuatu yang berwarna pink dan coklat. Entah kenapa selepas perbuatan tu mereka perasan saya. Dia pandang saya sambil senyum nakal. Takutnya wey. Tak cukup dengan tu, dia meneguk air dan membaling botol tersebut ke dalam sungai. Rokok dinyalakan lantas senyum sinis. Tak guna. Ni confirm baru balik dari bazaar Ramadhan. Confirm. Dah sah la yang tadi tu murtabak. Saya terus memecut laju dan terlupa nak tengok no plat. Bukan apa. Manatau jiran sekampung ke. Nak la bagitau mak jangan ambik buat menantu.


Sunday, August 23, 2009

Cerut



Mengenang hobi orang lama.


Thursday, August 20, 2009

Shut the noise up you silly tarts!

I’m genuinely outraged. Haha tipu je. Ok. I’m laying on my bed reading a novel that I borrowed from state library using my friend’s membership card (a must to mention). I was very excited since I’m not into novels compared to magazines and if I read it especially Malay novels, I’ll very soon go through it until the dialogues appear. Extremely impatient. Haha. I just can’t bear the fruity flowery sentences. Angin sepoi bertiup lembut membilas mukanya yang mana separuh dahinya dilitupi rambut hitam pekat halus, senantiasa disisir kemas, bagai menyerlahkan iras wajah berbentuk hati yang diwarisi keturunan ibunya. Dia merenung jauh ke dalam awan kelabu yang ditafsirkan sebagai suatu suratan dalam episod hidupnya, hatinya tersentuh, bilakah melodarama ini akan berakhir? Jarinya yang masih merah berinai ditekupkan ke muka, tidak mampu lagi menanggung kesakitan yang amat perit, bangang, sakit gila jerawat batu ni. Hahahaha yu allzz nak baca tak kalau I buat novel bahahahahahaha. I remembered when I was in school, the obsess Huzerk, my dorm mate in Form 4 always buying novels, magazines and comics. Ombak Rindu, Fruit Basket and a less more that I can’t remember. Then the novels-addicts from my batch (girls) will booked to read it and that became a long chain until it falls to my hand even my bed was just next to her. Huzerk will shout, baca elok-elok jangan buka luas-luas nanti buku tu kembang sort of bahahahahaha. But Ombak Rindu is great. And Ramli Awang Murshid thriller stories too.


Back to the topic. It was in first page and specifically on a half of the first sentence. ‘’aaaaaaaaaaaaaaa ni yang aku geram niiiiiiiii’’. ‘’aaaaaa……..$%#@&^*………!!!!!’’ and the female lion shout awards ok ok continued screaming (together with scolding) which u might easily deaf by standing next to her. Seriously. The thousand decibel of her voice reached my house. owh spoiled, can u just shut up. Why on earth still have that kind of wife and mother? I asked my mother about what I heard. She told me that the woman even react as to kill her husband with knife. Mother and one of my neighbors saw the dramas. I’m not going to be nosy on what the hell going on, even my mum, but pity her kids. When I grow up I wanna be famous I wanna be star I want to rebel yeah.


I went to my mum’s village on weekends. My cousin will married in the end of this month-Insyaallah-so the mothers decide to prepare a dish together. The kids were bloody naughty, noisy and tough which I’m not sure if I can handle that situation. I was laughing while looking at their way of behaving. What can I do more; I’m not a mum and the elder one in there. Very stubborn and I bet u’ll fed up. I don’t know what happen next as I can’t stand the noise and went to another cousin’s house to take a nap. Haha. As I go back to the house, my mum told me what’s happening while I’m not around. One of my cousins (yes I do have a lot of cousins there, shut up) wanted to beat them and my mum asked to the kids but answered it herself: cer pi tanya makngah (refer to me even I’m the youngest T_T) dia penah kena tibai dak? Ha tanya la. Mana penah. Sekali pun tak penah aih. The kids astonished. Whoa baiknyaa… they shrugged.



Hahahaha. Never been hit doesn’t mean that I’m a good child. It was true that my parents never hit me but my mum did cubit cubit me when I was in primary! as I forced her to let me go to my best friend’s house, Zila, who always invited me to sleep at her house and so do I. Haha. I’m not sure why we were so excited to sleep at each other house, not just enough to meet at school. We were both the youngest and does not have any other siblings at home, ya, may be that is the perfect reason.



My mum said, budak budak ni kita kena pujuk dia..tak boleh marah-marah sangat..and the kids shush. Silence. Haha.







***Hmm, I’d been forced to take a snap of Ceplos at Apa Khabar Orang Kampung which held near my mum’s village. Here he is, a skinny sporting teenage.

please forgive the excited nanny.






Sunday, July 26, 2009

ada ke orang baca blog buruk ni?

disebabkan blog ini sangat desperate hingga miskol saya mahu diupdate saya dengan ini mengisytiharkan, siapa yang baca blog saya sila taip nama di kotak komen supaya saya boleh link pada bila masa saya suka tihihi. kalau anda sekadar skrol bawah tengok tajuk pun masih dikira. jangan tipu. kalau kotak komen saya kosong saya anggap anda semua pemalu lalu tekad untuk menjadi silent reader untuk menyedapkan hati saya bahahahaha k bye.

Thursday, June 25, 2009

dah tengok Transformers chop!

haha annoying bukan. jadi semalam saya telah tengok Transformers dan saya menyukainya! alangkah lagi gembira kalau saya dapat seat pada row 1/3 dari belakang. saya beli tiket pukul 2pm untuk show pukul 2.40 pm dan itulah nasibnya, dapat seat pada row kedua dari skrin. tak guna betul. saya ingat semua orang pergi bekerja jadi panggung hanya penuh pabila malam menjelma. cis. but btw, nadiah tolong jangan jeles. haha. jadi saya yang pendek ini haruslah mendongak sepanjang panjang show untuk menikmatinya. balik terus beli ammeltz yoko yoko hehe takdela.








filem ini telah menceriakan hari saya dengan telatah mencuit hati bumblebee di awal cerita dan dirty jokes yang lain. haha. tahukah anda bahawa robot mempunyai jantina? (penipu) jikalau itu adalah bola bola, bagaimana pula rupa p ok ok dah takyah bayangkan haha harini kan puasa sunat. hish. cuma (mesti ada), kisah cinta sam dan mikaela macam dah biasa saya tengok dalam filem lain tapi tak ingat tajuk. lelaki yang susah mengungkapkan kata cinta hanya akan mengekspreskannya apabila terjadi sesuatu bencana. yeah u got it!






ok kesimpulannya pergi tonton filem ini kerana ia lucu dan saspen dan megan fox sangat hot hew hew DAN pada saya, tak usahlah bawa anak anak kecil kamu bersama menonton filem ini kerana gegendang telinga dan jantung mereka belum sesuai untuk menerima momentum efek bunyi yang kuat dan bising. beli vcd sudeh. ha kalau tengok upin&ipin takpe, mama bagi, ok? ceceh.











filem yang saya nanti nantikan musim ini!









Friday, June 19, 2009

babe, sumpah i tak lupa birthday you.




Di sini bermula perkenalan kita.





Dulu kamu rock, rambut kamu panjang dan berpipi tembam.




Dulu kamu suka jalan jalan pakai sneakers.





Selain itu, kamu amat gemarkan sporty shirt contohnya seperti tshirt Fila ni.






Dulu kamu ada boifren baik, tetapi itu sudah ketentuan tuhan untuk menjemputnya terlebih dahulu. Alfatihah. ha dah baca yasin kat dia belum bulan ni? (bulan, bukan minggu) Maaf yang ini tiada gambar dalam koleksi saya.






Sekarang rambut kamu pendek. comel la tu pose camtu tu? oh yang ni pakai sneakers sebab pegi trip.




Sekarang kamu sukakan kasut yang lebih menunjukkan keperempuanan. Tengok, kami pakai selipar dan sandal, kamu pakai pumps.





Dulu kamu suka sling bag dan beg besar. Sekarang dah suka bawa handbag you. =)


Sekarang kamu lebih sukakan feminine shirt and blouse. Masa ni, kenduri cukur rambut anak hanis. Hehe takdela.




Eh eh sape duduk sebelah kanan kamu tu? Haha. Tapi sekarang sudah tiada lagi. Tak yang ini bukan meninggal, but she deserve better. ''You know what I mean?’’-Sr. Mahyudin. (wife dia tau aku upload gambar ni, mampuih)



Dan kamu pakai mask (kadang kadang) haha takleh gelak padan muka dia haha.




Lepas pakai terus jadi camni hahah.




Dan kamu suka imran. Tapi dia muda lagi babe. Belas belas taun gak beza uh.




Eh kamu marah saya ke sebab bocorkan rahsia kamu?





Ok ok saya mintak maaf. hihi. Jom jom kamu suap saya sushi. Walaupun kamu tak into sangat dengan sushi ni semua tapi kamu ok je kan bila liana belanja. tak muntah hijau kira ok la tu. Chopp (tv9)! Kenapa kamu yang buka mulut? Saya yang nak makan ok ok ok.




Lagi satu pasal audition Jangan Lupa Lirik tu, lain kali cuba lagi ok. lagu Bossanova tu yang salah. Takpe, Nanti kalau saya kerja pada hari auditon, saya mintak cuti untuk teman kamu lagi. =)




Ha ok la. walaupuan saya tak dapt cium kamu macam kita buat pada liana, saya tetap sayang kamu. Mmuahh! (kemudian terus baca perkataan pada gambar cepat cepat)



HAPPY 22TH BIRTHDAY SYAFAF NUR!

semoga, semoga, semoga. Haha. Semoga kamu dapat apa yang kamu hajati ok. sebenarnya nak tulis syafaf tapi tertulis sayang. T_T






p/s: entri ini khas untuk kamu sebagai ganti, tak dapat buat parti mini mengejut. harap kamu gembira.



Monday, June 15, 2009

saya mahu berkahwin pada musim ini




bayangkan tulisan 'baru kahwin' (just married) tertera pada belakang kereta ini. haha. banyak sangat tengok drama orang putih ni.


Mak sudah mengotakan janjinya. Betul kata mak, lepas belajar baru cerita pasal kawin. Buktinya baru lebih sebulan saya tamat pengajian, pagi semalam mak bercerita pasal kenduri kawin saya. tihiihi. Kata mak, kalau ada jodoh dalam setahun dua lagi, kita buat lah. Kenduri tu nanti pakai catering saja. Khemah semua kita kira sekali. Memang betul pun. Itulah yang saya dah plan sorang sorang masa mak tak bagi cakap pasal kawin dulu. Almaklumlah, kat kampong ni ada pakatan. Ceh. Bunyi cam pakatan perang bugis-malaya 1409. Kalau kenduri, orang kampong yang dalam 1 pakatan tu akan datang tolong (yang lain pun maila jugak bukan tak mai langsung, satgi tak dapat bunga teloq) dari pasang khemah hinggalah kemas pinggan mangkuk bila kenduri habis. Saya iyakan saja. Saya ingat lagi ketika kenduri kahwin abang pada tahun 2002. Masak masak semua dilakukan di sebelah rumah saya yakni tepi bilik saya. Ya memang bau harum asap kayu api habis kena semua baju yang dah di seterika. terbaik.


Saya tahu, mak ayah saya sudah semakin berumur jadi saya tidak mahu lagi menyusahkan mereka di hari perkahwinan nanti (sekarang belum dapat kerja kena susah jugak la. T_T). mak kata, ayah pun setuju kalau buat buffet, tak payah hidang hidang ni semua. Letih nanti. Rumah pun mesti bersepah nanti kalau saya kena ikut suami pulang ke rumah mertua bagaimana siapa mahu kemas haha. Oh tunggu tunggu, mak kata, ayah pun setuju? Ini bermakna, mereka berdua telah berbincang mengenai perkahwinan saya? senyap senyap? Yeeehayabedabedu. Malu eh nak cakap depan saya. Hihi. Jadi kalau begitu, saya mahu berkahwin pada musim padi begini. Indahnya pemandangan. Saya mahu pada hari kenduri nanti, saya dan suami berpeluang merakamkan detik detik indah dengan memakai baju persalinan tradisional melayu, bergambar di tepi sawah padi yang menghijau.







Ouh. Cantiknya. Kalau tak salah, padi di tanam 2 kali setahun. Ini bermakna, saya harus melangsungkan perkahwinan samaada bulan 6 ataupun 11 jika mahu pokok padi sedang hijau. Macam cantik jugak bila nombor satu beratur atur. 11.11.11. tapi saya baru 24 masa tu. Haha. Pergi jahanam semua tarikh cantik. (eh dulu abang saya kahwin pada 22.02.2002. tak boleh jadi ni) Tak kesahla. Janji mak ayah dah bagi greenlight betol? Haha. Ni nak Tanya, yang duk kalut nak kawin ni, mana boipren? Ha yang tu kita tak tau haha. Deyyapeda!




Friday, June 12, 2009

kalau seorang, satu ronok.

kalau dua orang, dua ronok.
kalau tiga orang, tiga ronok.
kalau empat orang, ____________ ronok?







lepas habis exam, aku dan rakan rakan kelas ke air terjun Kanching.
lama gila tak mandi air terjun. asyik mandi air kolam renang ja ceceh.
bapak ah. sejuk gila. sejuk yang celup ja ibu jari kaki terus merah terus macam elektrik sampai kepala. siries tak hiperbola. betui. habis kulit aku jadi ruam pastu naik biji biji macam kena gigit nyamuk. padahal sebelum ni tak penah pun jadi camtu. kulit semakin hari semakin tak berkualiti. hush. tak baik woh. disebabkan dah lama pi sana, bulan lepas, so dah tak teruja sangat nak cerita. tapi best la kesimpulannya.







mangsa paling mencabar untuk dicampak. tengok, nak angkat punya payah.

ini dari kamera yang kat atas tu jadi lebih jelas limpahan air lepas dicampak






di manakah grid penulis blog? hee.

eh, dah habis. pasti rindu dengan semua ni di kemudian hari. tak sabar tunggu hari graduasi!


Sunday, June 7, 2009

bencinya terputus hubungan dan mudahnya mencuri kereta kancil.

pindah rumah baru dan tiada talian internet.
nak online kena p cc. wuwu. takbest langsung.
banyak benda nak cerita ni!


kita mulakan dengan kejadian malam smalam.
kunci kereta tertinggal di dalam kereta. mungkin si pemilik mahu segera cepat sampai dalam rumah walaupun jiran sebelah tak bela anjing pengawas. walaupun lagi lima langkah dah sampai pintu rumah. bukan nak terberak pun. oh mungkin nak terkentut pastu takut jiran sebelah dengar haha. ok sori sori. maen maen je.

dahlah tertinggal kunci, tak tutup enjin pulak tu. dahlah tertinggal kunci, takde kunci spare pulak tu. dahlah tertinggal kunci, haa memangla tinggal aku dengan si pemilik je kat rumah. reti pulak kami nak buat kan.

apa lagi. kami bergegas panggil mr.tan. mr.tan dan aku tak pernah bersua muka. dari cerita penghuni rumah, mr.tan seperti orang tua sebab dia selalu cakap, kalau ada hal jeritlah nama dia. macam hero haha. yela macam orang tua la sebab orang tua je selalu macam baik hati sikit kan. tapi mr.tan tu baru 30 lebih. cis.

jadi kami panggil dia elok elok. tak jeritla, nanti bini dia marah pulak. kan. rupa rupanya mr.tan tak tau buat pape pun. dahlah datang tak pakai kasut. gila la caring. bini dia yang tere. jadi bini dia la hero dalam cite ni. namun usahanya gagal. idea dah ada. cubaan yang baik ming ming.

kemudian jiran sebelah kami yang sombong tiba tiba pulang lantas dipanggil oleh mr.tan sebab usaha bininya tak berjaya. tapi yang ni tak sombong. orang lain dalam rumah tu yang sombong. betul. bila kami senyum dia tak balas pun. nak cakap senyuman kami tak menawan, mustahil la.

ok berbalik pada cerita tadi. si jiran yang bukan mr.tan tu berjaya membantu. eh siriesla. senangnya nak curi kereta? cabut getah tingkap, masukkan dawai dan tarik tarik sampai unlock. pastu cemana nak gerakkan kereta tu pandai pandai la kan. dah. pegi blaja. haha.


ok sehingga berjumpa lagi. bye.



pssst, lagi satu, abang tu cakap, boleh tengok kat bawah seat driver. ada lubang yang macam boleh jolok untuk tarik punat bonet belakang kereta. then bolehla masuk ikut situ bila bonet dah terbuka.



Thursday, April 23, 2009

Saturday, April 18, 2009

boleh tahan hebat jugakla orang kampung aku ni kadang kadang.








lepas pomen kereta mesti mahu uji lari dahulu sebelum diambil pelanggan.
gedegang! nah. patah dua tiang letrik. kereta terjunam dalam parit pulak. haha. cuba teka siapa pemandu.



Saturday, March 28, 2009

jangan tiru aksi minit ke 1:54 hingga 2:04 depan kawan nanti lenguh pipi (sebab gelak)




haha. aku dok gelak sorang sorang. (psssttt pemain piano tu tahan gelak. cis) tapi aku suka beliau bawa walaupun tak pernah dengar versi asal. ni kalau dalam Sydney Opera House barula best.



oh lagi satu aku memang suka lagu Phantom of the Opera. versi asal dan versi syafinaz dua dua aku boleh terima. tapi yang ni takda benda untuk digelakkan. tapi dress lawa uuu suka suka. tapi tak suka kain blakang terangkat camtu. oh ada ada. acik nemuk nemuk yang main apa tah tu goncang goncang kat perut. hahaha. comel. k bye.



Sunday, March 22, 2009

majlis mini mengejut untuk kawan-sampai-mati.

alkisahnya. syaf menangis teresak esak. kakaknya pulang ke Ipoh untuk menghabiskan cuti hari minggu bersama keluarga. si adik pula tak dapat join kerana sibuk dengan thesis. due date dah dekat siapa tak menggelabah. tiba tiba saja datang bilik aku meluahkan perasaan. dahla mata bengkak macam panda.
eh esok birthday liana, kata syaf tiba tiba. kami l
antas teruja! *nanti hang liana*


kami muncul dengan plan A. ke rumah liana membawa 1 slice cake dan belon tertera happy birthday liana gemok pada jam 12 sudah mencukupi, kami kira. syaf, aku hanya ada 3 ringgit dalam purse. T_T.
kejap aku cek. oh aku ada 10 ringgit. ok jom!


dah nak tutup kedai baru nak plan. terima kasihlah pada kedai 24jam.
abg tu la yg potong kek hang weh. haha saja nak expose.

dalam perjalanan kami memikirkan cara bagaimana mahu memastikan liana tidak kemana mana jam 12. setibanya di rumah, syaf dihubungi oleh bapanya. anak manje abah ni...nanges ye?ololo cian die..nanti abah masuk duit ye..
pergh kalau macam tu minggu depan nangisla lagi. haha.
eh makin lebat pulak tangisan budak ni ha. m
emang boleh buat modal nak call liana nih. maka syaf memulakan agendanya. dia telah berjaya menghayati watak sehingga menangis ketika menelefon liana dan memberitahu bahawa aku tidak berada di rumah untuk dijadikan tempat mengadu ceceh. liana memang tak syak lagi lantas menenangkan syaf dengan cerita smsnya dengan lecturer setelah ponteng kelas. haha aku pon tegelak dengar cite tu weh! objektif call tercapai. liana ada di rumah.


misi dimulakan. belon diconteng dan setelah dakwat kering aku meniup belon. weh pecah. mintak maafla teruja sangat nak tiup besar besar sampai nampak bentuk hati. dua pulak tu. T_T

susunan belon sebenar.


kira kira jam 11.30 kami bergerak ke rumah beliau. angin
bertiup kadang kadang kencang. lilin tak dapat dinyalakan. cerita pasal lilin, masa beli kek lupa la pulak nak ambik lilin. nah, pakai saja lilin putih yang aku beli masa lampu toilet menjadi lampu disko haritu. boleh tahan comel jugak kalau sumbat atas kek. haha.



tepat jam 12,
hello, liana, kitaorang kat depan rumah kau.

weh..betul ke..bencinya.
(oh kami tak perlukan plan B. =p)



liana keluar dan, HAHAHAHAHAHAHA.
aaaaa terharunyaaaa!

blablabla the donats stuff blablabla.




kami berusaha menyalakan lilin dalam tiupan angin dan inilah hasilnya.
hihi. seronok.




terserlah keceriaan wajah birthday girl. perasan tak api dari lighter tu bentuk hati. akhirnya dapat jugak rasa aiskrim malaysia, thanks. kaki siapa tergantung, dahlah gemuk. eh mata panda dah hilangla.



so here i would like to wish-plus-a-big-hug-with-kiss a very HAPPY BIRTHDAY to my best-till-die-friend, LIANA EZZANA. twentytwo bring us close to our goals but a new challenge to face off.




''When our memories outweigh our dreams, we have grown old'' - Bill Clinton.