the cooky wacky

Wednesday, December 31, 2008

2008 punya album.

hari ini hari terakhir untuk 2008. hmm. pada aku, tahun ini lebih banyak kenangan pahit yang aku kutip. soal pelajaran, persahabatan, kewangan dan cinta. aku sedar banyak perkara tentang diri sendiri dan sifat manusia yang pelbagai. learn from mistake baby, learn from mistake.


jadi gambar gambar di bawah sedikit sebanyak mengenai apa yang aku lalui sepanjang tahun ini.



JANUARI

layar tanchap di galeri shah alam. conteng conteng dinding sangat mengujakan! dan sedap akak tu nyanyi knocking on heavens door.






malam kejadian faizal tahir tayang dada.






aktiviti persatuan. kick-off nite.






jalan jalan penang. senyum sikit lagi nak sampai telinga.




paling best dapat jumpa membe lama. kawan, jangan lupa ayam masak kicap kat rumah ajoy walaupon semua orang makan penuh selera haha. dan abg long yang lawak tu.





trip ke taman negara pahang. pergh. gila best tempat ni!


sambil mengucap sambil teringat mak ayah. siapa tak kecut ulu hati jalan atas titi gantung dahan ke dahan macam ni. patutnya bawak walkie talkie la.
aku selalu terpiker takpa, kalau aku jatuh bukan sorang sorang. ada
geng. keji.




hehe ingatkan cd rom ja ada.






best tak best naik bot panjang.
kadang kadang terpiker jugak kalau tiba tiba ada buaya datang ngap!
kenyang 8 bulan.






eh perempuan ni punya excited macam naik roller coaster pun ada kan?






rumah orang asli. hari hari makan ikan bakar dan ikan masak 3 rasa wowowo.









FEBRUARI

kawan rapat aku kahwin dan aku break up. tragic.






MAC

meneruskan aktiviti persatuan. explorace, boling, futsal.


first task, breakfast roti cicah kicap. haha. amacam?







apa apa pun, semoga kau bahagia.




APRIL
acara penutup, dinner. steamboat sedap makan sampai ngantuk sebab kenyang.





sorry & thanks for everything. aku bukan kawan yang baik. let me be apart.






MEI

prektikel season two. tiap tiap weekend mesti lepak tasik sebab takada sebab lain selain bosan di rumah. nice view ok. tapi disebabkan kamera koman nice tak nice sangatlah.




BANDARAYAnya Alor Star. pic taken during site visit heh.





JUN

SELAMAT HARI LAHIR NAZMIN. MANIS 21.
TERIMA KASIH IBU, MELAHIRKAN SAYA KE DUNIA INI.
walaupun saya ketegaq dan baloq liat.
tapi sekarang saya dah baik. percayalah.


OGOS

keluarga Encik Abdullah dapat bayi baru.
tengok tu, tangan nemok nemok.
geram sungguh!






malacca here i come!

bestbestbest! full of ancient buildings and souvenir up for grabs!
jonker street so ugghhh sumpah aku nak pergi lagi bawak duit banyak banyak!






santiago gate, tempat wajib bergambar.





gambar ekslusif aku dan pakcik beca.
tabahkan hati pakcik ya, kena guna kedrat kuat sikit nak bawak saya ni.
almaklumla ...





save water save water! =D





lianaezzana cakap gambar ni macam sesuatu.
aku rasa gambar poskad la.






SEPTEMBER

reunion SKOBA.
p/s: encik pencipta tshirt skoba jangan lupa refund duit aku haa. hehe.





OKTOBER

raya qurban. daging kalau tak penuh peti ais tak sah.




the donats day out.
sebab dah lama sangat tak keluar sama. thanx semua.

dengan ucapan, bila nak makan cucur sedap tah.






NOVEMBER & DECEMBER

takada yang menarik kot. musim peperiksaan. kemudian tiap tiap hari mengadap kerenah customer yang macam macam gaya.







selamat tahun baru semua.



Sunday, December 28, 2008

disebabkan penat,

(dan sibuk maen plant tycoon)





aku malas menaep panjang. gambar dengan sedikit diskripsi mungkin sudah cukup untuk menghidupkan blog.


mulakan.



kau rasa aku oder apa? (5 markah)





semua pun lain lain. ok kali ni kau rasa aku oder apa pulak? (10 markah)





roti pun boleh kahwin apa.





tak demok tak geram tak penyet. salah sorang dari anak customer.





tiap tiap hari habis minum.
(dengan syarat takyah isi sampai penuh)





pakcik yang cakap dalam perut buncit tu ada tembikai memang nak kena debik.





dalam pada takada duit boleh pulak teringin nak beli beg. hmmpphh!


Friday, December 19, 2008

kursus kahwin

my friend keep seducing me to join her taking 'kursus kahwin'.

err. do you think that i'm not surprise with that sudden 'invitation'?
fuhfuh!
it is not just twice. but i have to think it again and again and again.

i'm 21 and not taken. since Feb 2008. perlu ke bagitau semua orang.
i'm not TOO interested in kahwinkahwin issue long after the break-up eventhough my coursemate already took it while finishing her 'kelab/persatuan' whatsoever lastlast semester, my childhood friend engaged two days before last aidiladha and i hope you will not surprise when i say that one of my bestie end up her life with a good, kind-hearted gentleman (agreed by all of us,her bestie) early of this year. ugghh. what happen with people around me hah.
benar, jodoh di tangan tuhan. there's always wisdom behind a deed or something that we deserves to kan.


back to the topic,
my friend so beria-ia ajak because next year, the kursus kahwin will be in new format, required more than 2 days to finish and the fee, yea, the fee is increase. ah, rumors.
but first thing that cross on my mind is, why not we go taking kursus kahwin with our bakal? so that we both can learn and discuss about that later. macam lagi berkesan when samasama dengar.



then,
i call my mother to tell her about this crap.
after the 'tanya khabar' things,

me: (sambil gelakgelak kecil tapi bukan gedik) mak, cek nak pi kursus kawen.
emak: awat, teghingin sangat dah? (maksudnya, dah tak sabar nak kawenkah?)

HAHAHAHA. terus gelak besar kot aku.


seriously,my mum dont have time to discuss about early marriage. she dont like it. she think that i supposed to finish my study first and after all can freely think about my marriage. oh no no. i dont think so. i have to get a job than i can talk, and introduce my boyfriend. i dont know what level of mentality she is, i must say that liana&hanis should be lucky to have a mother like her, and syafaf and yka too. they can introduce their boyfriend at early stage and can start a dreamwedding whatsoever with their mom. wow bestnya!
but i don't ever say that im not lucky to be the one who have my mother, she give birth, teaching and rising me up until i find myself in me. i love my mum. but in love and heart feeling issue, i think she know what's the best for me. yes. i must say that she's right. sebab aku break juga walau dah 3 tahun kapel pun. jodoh dan sebab laen letak tepi kejap la k.



i finally google 'kursus kahwin' and found this.


1. he took kursus kahwin at shah alam which 15minutes can be reach by cycling from where i sit on the bed now. okla2 5minutes by car. hehe.

im a lil bit excited at first because the place is near and the ilmu yang disampaikan is in funny react, he said. then i try to check its schedule and tell u what, it is fully booked from november until the end of this year. oh, poor my friend, not me hihi.



2. continue digging and found this.

he took at the end of 2007 and from there i know, rumors that the format will change already started since last year.



3. lastly, i read one artickle in Utusan Online bertarikh tak ingat. said that, after 10th year of marriage, every couple should take kursus kahwin once again. haha. but its just a proposal. dont worry. hehe. but frankly said, i think it's relevan. because malaysian, terutamanya malay, when it comes to 40, macam dah laen kan. i think they (people at 40/50) will surely give a wry smile while hearing this brand new news haha. berbeza dengan orang putih, makin tua makin sayang. jalan masih pegang tangan. itu yang aku nampak. itu yang aku juga mahu bila dah kahwin nanti. tapi, siapa yang rajen sangat nak pergi kursus kahwin diusia sebegitu kan? haha.




so, today is 19.12.08 and i still have a lot more days to think. should i go and get my sijil kahwin by 21 and single and before the rumors is right, or should i wait until i have a boyfriend and take it with him. err.
















nyte!



* * *
1:14 am



aku tengok video akad nikah mawi-ekin tadi. ingat nak letak kat sini tapi takada code apabenda nak copy tu pulak. so kalau rajin boleh pergi sini.
aku macam nak tegelak pun ada tengok video ni haha. ok dah gelak, sorry.
macam ni ke aku nanti? dahla semua orang pandang. isk.
malunyaaaaaaaaaaaa. ^_^



and this video sangatlah touching sampai air mata aku termengalir sebenarnya air mata aku memang sangat cepat ambil tindakan haha and immediately aku boleh beranganberangan conversation tu adalah antara aku dan mak aku hahahah. tibatiba jugak aku teringat kat mak aku tapi tak sampai hati nak call dan kejutkan dia dari tidur sematamata nak gosip pasal mawi-ekin. kompem mak aku hingaq.


eh lupa nak cakap, yang touching tu kat part conv. between ekin and mak dia j. so kalau nak tengok part tu kena sabar tunggu u tiup habes loading k.
bye, love u. apahal nih tibatiba.



Monday, December 15, 2008



aku macam dah tak selesa dengan tajuk header blog nih.

esokesok bila aku rasa suka aku nak tukar baru.
bukanbukan. bukan krisis identiti.




*repeat.






*** semalam pukul 2 pagi lebih sket, ada roadblock. kena tahan sebab seat belakang ada 4 orang. seatbelt ada 3. dengan bangganya polis/jpj suruh turun balik jalan kaki. boleh tak.

eh teringat dulu masa kat putrajaya, pukul 2 lebih jugak. polis kejar. kejar tak kejar sangatla.
alasan, memandu dalam keadaan merbahaya, mencurigakan. hahah. tak leh blah. ingat mabuk gamaknya.
masa tu baru balik gig ke apa tah kat mmu, pusingpusing masuk putrajaya kejapkejap cyberjaya. eh peningnya mak limah rasa. time tu pulak takada sebijik kereta pun kecuali yang kami naek. akibat takada perancangan masa panjang, kami berenti tepi jalan tak tepi sangatla, lepak n photoshoot. dah kalau jalan tu lengang, dah kalau takada momok, dah kalau dah buang tebiat, maunya tak meriah tengahtengah jalan amik gambar.

polis putrajaya sangat cyberjaya lah kan. hahah. bolehkah?



Sunday, December 7, 2008

gila rasa bujang di perantauan wohh.

p/s: tahniah jika anda berjaya membaca sampai habes. =)




aku bersyukur ada kampung halaman.

i mean,
satu lot tanah yang mempunyai sebuah rumah diatasnya,
dikelilingi

beberapa batang pokok kelapa yang isi buah mudanya macam hingus sangat sedap diminum bersama air kelapa plus ais siket perghhhh,

pokok mangga yang masa muda sedap buat cicah garambelacan orang kampung aku panggil tapi kandungannya ada jugak gula cili kicap tahmanamana suksuka bagi nama

pokok rambutan yang kalau tengah musim pantang nampak buah mesti nak petik,

pokok kuinin yang dekat shah alam buahnya sekilo rm6.50 gila mahal kat rumah aku boleh dapat free,

pokok durian yang entah bila nak matang lembab betul tumbesaran,

jambu batu kampung yang aku rasa patut ditebang kerana menyemakkan kawasan rumah buah bukan sedap pun,

pokok bunga yang ayah suka tanam tapi malas nak jaga naseb baek rajin siram tiaptiap hari sebelum pergi buang sampah,

dan pokok cili yang aku suka tanam tapi jodoh ajal maut di tangan tuhan, tak sempat besar mudamuda dah mati.
sobsobsobri

dan tak lupa juga sebatang tali air di sebelah halaman rumah tempat di mana bila mak siang ikan isi perut tu dibaling ke dalamnya untuk breakfast atau lunch anakanak ikan jadi makbapak ikan tak payah susahsusah pergi pasar belikan makanan nanti jumpa spongebob dan patrick mesti nak borak lamalama tapi tu ok lagi macamana kalau jumpa squidward yang annoying tu nanti dia buat kecoh nanti tak sempat sampai rumah anakanak ikan dah mati kebuluran.
maaakk, pencemaran la maaakk.

tibatiba rasa macam dalam kawasan dusun plak. taktak, bukan dusun.

dulu depan rumah aku ada pokok buah durian belanda. durian belanda tuu. gila rare. jarang orang tanam pokok tu kat rumah. aku tak ingat kenapa pokok tu ditebang. tapi rasanya sebab memberi laluan kepada majlis perkahwinan abang aku. kira pokok tu macam menyempitkan space untuk letak khemah etc. aku tak heran pun pasal tu. kalau biar j pokok tu bahagia kat situ tak boleh k?
masa kakak ipar aku pregnant anak first, dia mengidam buah durian belanda. see?
aku dah cakap jangan tebang. tapi masa tu aku kecik lagi. takada orang nak dengar bantahan aku kot. woah, gila ada sentimental value aku kecikkecik. haha.



berbeza suasana di sini, pagipagi bangun pergi balkoni, inilah view aku.








time jalan kaki menuruni bukit,






pemandangan sebelah malamnya.







gila boring view tersebut. nak kata hutan konkrit, tak tepat kot. tapi apa apa pun yang pasti, tak sesegar dan senyaman suasana desa yang indah nan permai lah. kan.

tapi, lamalama kat kampung bosan jugak. takada hiburan, takada life orang kata. biasalah, mudamudi masa kini. untungnya ada kampung halaman ni, bila rasa penat belajar, bekerja, boleh balik, releasekan semuanya, jumpa ibubapa tercinta, tatap wajah mereka. selalu dengar suara melalui telefon sahaja.
ahh. rindunya.


ok 1:24 am. sedar tak. apa yang aku merepek takada kena mengena dengan topik pun.
aku bukan nak cerita pasal ni pun.
sigh~

aku dah mengantuk ni. tapi takapalah. pukul 2 tidur.

ok sambung. tau tak kenapa aku rasa bujang.
sebab
aku duduk sorang kat rumah.
semua orang beransur ansur pulang ke rumah masingmasing sempena cuti semester.
jangan tanya. malam first memang takut gila macammacam terbayang kat kepala tu la banyak sangat tengok drama swasta. lepas tu macam dah get use and siriesly aku rasa macam bujang, berdikari, pendek kata rasa hebat dapat survive. macam riak kan. sedikit sebanyakla. haha.

tadi aku masak megi.
gila betulbetul megi. rebus.
biasanya aku rajin nak buat megi goreng bersama telur resepi turun temurun tapi telur takada dan aku malas nak gi beli.
haritu aku kemas dapur, mop lantai. aku tak kisah pun kalau aku buat dengan rela. tapi masalahnya, yelah,

terima kasihla kat rumet aku yang guna dapur sorangsorang lepas tu tak kemas balik, berminyak,
lepas tu sampahsampah lepas kau masak kau biar sampai berulat melimpah ke lantai kau rasa hebat ke dapat menternak ulat banyakbanyak
lepas tu kucing kau berak tak mop balik kau ingat kalau simpan sampai sem depan boleh buat duit ke taik kucing tu

kan aku dah burukkan kau kat blog aku padan muka mintak maaflah wey
aku memang marah betul haritu sebab aku dah siap elokelok wangiwangi tibatiba bau busuk dan bila usha ulat dah penuh dan aku rimas dan aku tepaksa sarung dengan plastik hitam lagi satu kau bayangkan macamana aku nak sarung dan aku geli kau tahu tak!!

ok selamat hari raya aidiladha maaf zahirbatin.





selamat hari raya maaf zahir batin semuaaaa! =)




*** perantauannya aku. haha.

Wednesday, December 3, 2008

umbrella acoustic versi budakbudak kepala masuk air




soalansoalan anda munkin:


1. siapakah mereka?
2. adakah aku mengenali pemain gitar terunggul dan penyanyi hebat tersebut?
3. selaen mengorek hidung dan memicit jerawat, dah takada benda laen nak buat kah?
4. tak tahu malu kah?
5. takada port laen kah selain di tepi halaman rumah bersebelahan bendang dengan angin terlebih sepoi.
5. tergamaknya aku letak video ni. tidakkah ianya mengaibkan?
5. err, selain soalansoalan diatas?




fakta terpenting:

1. biasalah. first time pegang gitar.
2. spm dah habes kot.
3. hahah.





*** pssst, girl, i think ur voice quiet nice (alia wajib belanja i nasmir. lepas raya. dontcaredontcaredontcare)