the cooky wacky

Friday, November 28, 2008

mimpi itu sejenis permainan



kah?



lately aku selalu mimpi. aku boleh cakap macam ni sebab dah lama jugak mimpi tak kacau aku.

aku akan gelakgelak bila bangun kalau mimpi tu sangat mengarut macam ym dengan alien kat planet zuhal pakai loghat kedah atau pakai baju angkasawan dan main guli kat bulan dengan sheikh muzaffar atau
tidur dengan nobita dalam poket doremon. tapi aku akan rasa sedih dan akan piker dan akan tanya semua orang terutamanya mak aku kalau aku mimpi benda2 siries macam mimpi seseorang meninggal dan yang sewaktu dengannya.

tapi selalunya, bendabenda yang aku mimpi mesti relate dengan apa yang aku buat atau piker atau nampak atau baca atau dengar pada hari kejadian. aku rasa lah. sebab bila aku pikerpiker balik, mesti ada kena mengena. mesti punya.



contohnya, semalamsemalam, aku mimpi mak dan ayah aku bercerai. sedih macam apa. puas aku tanya kenapa tapi takada jawapan. aku apa lagi. menangis tak ingatingat. bangun tidur tengok dah basah bantal. haha. then aku cakap dengan mak, mak, semalam orang mimpi mak dengan ayah becerai. mak aku cakap apa tah, satu ayat sa.ha.ja lepas tu sibuk bagitau dah bayar insurans bagai. hampeh j. tak ambik pot langsung. penat aku rembeskan air mata. tapi yang pasti parents aku tak becerailah. hehe. amin.

ok pikerpiker balik, aku ada terbaca post beliau sebelum tidur. carilah sendiri apa kaitannya. haha. malass.



malam semalam, aku mimpi MAK DAFI AJAK AKU PERGI RUMAH DIA DAN SURUH AKU KELUAR DATING DENGAN ANAKNYA. DAN YA, AKU BERDATING DENGAN ANAKNYA. ok jangan muntah di depan pc mahupun laptop anda. sumpah aku tak minat dafi. dan dalam mimpi tu, orang itu namanya sahaja dafi tapi wajah dan fizikalnya bukanlah dafi si jambu air itu. haha. aku tak tahu muka siapa yang dafi pakai tapi yang aku ingat, kami keluar menaiki kereta beliau yang tersimpan di satu tempat rahsia haha sengal. dan ibunya sangatlah bersungguhsungguh menyuruh kami berdating kerana katanya dafi jarang keluar dengan perempuan. wahahahhahaha mimpi gilabodoh tahap gaban apakah ini.

ok pikerpiker balik,aku ada tertengok gambar kawan aku yang diambik bersama dafi di plaza masalam dan muka pinjam tu aku rasa, aku rasala, series aku tak ingat, tapi aku rasa la (eyyh nak kena lempang kot?) ,kawan kepada kawan aku yang datang melawat ibunya yang sakit di demc. hahahahaha sengal tak sengal.



dan lagi satu, minggu lepaslepas kot, aku mimpi yang aku keluar dengan boyfriend kawan aku. wehh. tak berniat pon. and yang ni aku rasa sampai kiamat pun maseh tak dapat cari puncanya. siries aku kawan baek dengan mereka berdua dan takada hati pun dengan bf beliau. mintak mahaplah. mimpi je pon. haha.


ingat lagi, masa kecik kecik selalu mimpi nak pergi toilet. then bila dah sampai terus kencing. pastu esok bangun mak bising tilam dah basah. haha. bila besar siket, mimpi dah jalan pergi tolet, tapi bila sampai teragak agak nak kencing ke tak sebab macam tak sure ada kat atas katil ke toilet. haha. tahapahapantah.



soo.. kesimpulannya banyak perkara yang aku mimpi adalah adaptasi daripada aktiviti harian aku. yang takada kena mengena tu aku anggap je selingan kepada mimpimimpi adaptasi. haha.



anda pula?
jika berminat boleh ke sini untuk mengetahui tafsiran mimpi anda. percaya atau tak terpulang. rilek rilek sudah.




*** malam ni aku ingat nak mandi pool tapi hujan turun dengan lebatnya. jadi samasama lah kita berdoa agar aku tak berenang atas katil ya semua.



Sunday, November 23, 2008

imbasan kisah silam : edisi nok dan pengalaman pertama.

19:05 pm tepat. aku berjalan kaki pulang.
ugghhh.. hari yg dilalui sangat memenatkan.. sigh~

bendabenda kecik dan remeh untuk disusunatur datang bertimpatimpa. yg dioder tak sampai, yg tak oder pulak sampai berkatonkaton. demand kurang supply lebih pon masalah jugak bai. haih. benci betul.

teringat masa mulamula dulu. ada satu hari tu aku buat kirakira. hasilnya, perbelanjaan aku untuk sem ni, minus dari duit pt. aku malas nak mintak kat parents lagi macam sem-sem lepas. kecuali untuk hal-hal yg macam bayar road tax dan insurans la kan.aku malasla nak pakai duit sendiri. hehe. pikir2, aku terus cari.

aku malas nak tanya mak dulu. dah dapat komfermasi baru inform. sebab dari duludulu lepas spm aku mintak nak buat duit sendiri mak mesti tak bagi. lepas tu cakap takpa, ayah boleh tanggung lagi. aduhh. memangla. tapi orang nak duit seniri, tak paham ke..
tapi aku tahulah, mak ayah cuma risau keselamatan aku. satusatunya anak perempuan kaann...

ok2 back. pasal mulamula dulu. aku pergi satu kedai ni. harini mintak esok terus dapat. agaknya tempat tu memang nak pakai orang kot. bersyukur jugak aku. daripada aku buat burger dan goreng fries kat kedai 24jam yg merekamereka kata sangat memenatkan tu, atau jadi cashier kat kedai 3warna 24jam jugak tu, lebih baek aku memberi khidmat di sini.

bos baek.
hanya ada 3orang ahli lelap termasuk aku. perempuan semuanya.
boleh sembang pasal girl stuff sedaya upaya.
boleh cuci mata sedaya upaya.
boleh masuk Masalam sedaya upaya.
boleh beli nasik lemak pakcik Joe sedaya upaya.
boleh oder goreng-goreng kat maple yg tak penah wujud delivery tapi untuk kami boleh, sedaya upaya.
boleh gelak kuatkuat sedaya upaya.
boleh masuk sukasuka hati sedaya upaya.
masuk pukol 8pm balik 10pm pon aku penah buat sedaya upaya.
holamak. mana lagi nak cari tempat macam ni.
gila heaven bakhang.

kat sini ada attire code yg perlu dipatuhi. sebab takada uniform macam tempat laen.

1st day. aku siap dengan kemeja, seluar slack zaman tah bilabila, mekap, (sweet-stomery-lipbalm in memory (:_;)). dan pumps. pergh. gila rasa semat. tapi slek gak kat kasut. kalau pakai heel memang terbaek la kot.
bukak pintu, "haaaiiiii.....!!" -okay naseb baek semua orang nak hai kat aku dengan wajahwajah ceria menyambut tetamu.
"haaaaaiiii". *senyum*
tahu tak apa yg mereka pakai? tshirt, seluar bukan slack lembut,selipar. selipar? ya selipar!
huwaaaaa. mana nak letak muka niiiii. malunyaaaa. gila skemaaaa. mekap siap tak tahaaaannn. kemeja lagiiiiii. uuuhhhh. tolongtolong! rasa macam nak duduk dalam stor taknak keluar!

"ni untuk awak"
"haaaaaa kena pakai ni ke??" -muka yg penuh tanda tanya sana sini.
"aah. kenapa. tak suka k?"
"aaaa.. taaakk.. tak. cuma rasa janggal.." -cubaan mengcover perasaan tak suka.

weh.. aku bukan kat secret recipe nak kena pakai apron... (:_;)


perkenalkan, ini acik, ini nok. ya. nok-dia lah orang yg bertanggungjawab merendah-rendahkan kredibiliti aku dan gelakgelak bila aku salah. sial je. masa dia berenti, aku, nok dan acik slowtalk. sesi luahan perasaan whatsoever. acik cakap, nok suka usha bontot aku dan gelakgelak sebab masa pakai slack aku kelihatan seksi bagi beliau. owwhhh wtf! jujurlah, aku rasa dia pengkid. sebab ada satu hari aku curious yg teramat-amat, aku curicuri baca sms dalam fon nok. ada sorang pompuan panggil dia abang. omg. meremang wey!

2nd day. waktu nak mop lantai. haha. aku memang agak malu dengan insiden yg tak dijangka ni. aku tuang ajax sesedap bau. buih nak lebih. aku mop dari belakang. mop, mop, mop dan mop dengan penuh yakin.

tibatiba,
''miiiiiiiinnnnn......! apa awak buat niiiiiiii"
"mop"
"ye...awak ni mop lantai ke nak basuh kedai.."

dapat bayangkan tak apa yg aku dah buat? hahaha. naseb baek bos tak marah. sayang bos!
tapi at least aku tak mop dan pijak balik tempat yg dah dimop. jangan cakap takada org buat. ada ok! acik cakap.
lepas tu boleh tak bos aku suruh nok yg ajarkan aku mengemop dengan cara yg betul. kenapa perempuan ini jugak yg jadi tenaga pengajar akuuu wahai boooosss... huwaa!

tapi selepas harihari gelap tu, semua dah ok. gurauan berjalan dengan lancar. nok sangat lawak dan mudah dibuli. acik cakap, nok memang ada perangai rasa-diri-hebat siket. yelah, mereka dah lama disitu. tapi hubungan acik dan nok sangat baek. sangat bestfriend. baguslah. sekarang nok dah berenti. dah balik sabah pun.. eh tapi dengar cite dia nak datang semenanjung balik! hah sudaaahhh....



*** sebenarnya banyak lagi yg aku nak story. terutamanya pasal gelagat-gelagat customer yg datang. kadang-kadang aku sendiri tak paham kenapa aku yg bukan penyabar sangat orangnya ni boleh besabar dengan kerenah customer yg pelbagai. kadang-kadang nak gelak pun ada. haha. ehh, dah gelak apahal. teringat something la tu. ^_^. tapi nantinantilah. ngantuk sudeh. babai semua.


* edit *

1. semalam bos ada pesan kat aku ''min, akak taknak min jadi macam Limah bukan nama sebenar, dia malas buat kerja, suka dudukduduk sampai akak buatbuat mintak tolong baru nak gerak". "ok akak. *senyum*"

2. tapi tadi kamikami main iron iron rambut masa bos takada dan customer siket. haha. bestbest! sorila bos! bukan selalu. senyom siket. hehe.

3. aku lupa nak mintak maaf kat nok sebab curicuri baca sms dia.
sori nok! *hihi*


Thursday, November 20, 2008

kepuasan peribadi itu penting.

BAGI AKU.
orang laen aku x tau.


bagi aku, semua orang ada hak.



bagi aku, suka hatilah orang nak cakap apa asalkan aku bahagia.



tapi bagi aku jugak, tak semua benda yg aku boleh amalkan konsep ni. sebab hati aku tak sebiskuat tiger, kadang-kadang memang tak tahan dengan kata-kata busuk orang.



tapi semalam, aku nampak sorang perempuan ni, gemuk amat, bukan chubby tapi memang gemuk dan tak berapa chantek pada aku (but remember beauty is in the eye of beholder). dia dengan gagah beraninya memakai skirt pendek berjalan ke kedai mamak yg sah-sah kedai mamak memang ramai orang.



dan lagi satu aku nampak di sunway, muka macam dah berumur, memakai baju oren, seluar pendek kuning, kasut kale apa aku tak ingat tapi yg pasti memang x match. langsung.

oh ya. dan aku avril. suara aku agak sedap dalam album tapi sedikit terkutuk bila live, tapi aku peduli apa. kalau kau taknak dengar tak payah beli tiket tengok konsert aku. beli album ori pon ok. (eh avril kau tak paham kan apa aku cakap)

memang kadang-kadang tak faham kenapa ada orang yg sanggup buat macam ni tapi bagi aku, kepuasan peribadi tu penting. mungkin orang meluat gila tengok apa yg dia dress up tapi bagi dia, itu sudah cukup untuk membuatkan dia kelihatan cun. pedulilah apa orang nak cakap.



kalau tak suka cara orang berpakaian, tak payah tengok. bila jalan, jalan straight tak payah tengok orang sekeliling so takdelah nampak keburukan orang. kalau tak suka lagi, tak payah cakap apa-apa, tapi berfikir secara positif, semua orang ada hak masing-masing. kan senang.



dan aku pulak, setiap kali keluar mesti nak pakai lipbalm. MESTI. sebab aku rasa tak yakin kalau tak pakai. benda wajib yg aku mesti bawak pergi mana-mana adalah lipbalm. aku boleh tertinggal hp, kunci rumah, nota lecturer bagi last week, asg siap separuh jalan, pendrive yg sekarang dah rosak, nota fotostasi Mayudin atau kotak pensel pink comel ke kelas BUT NOT my sweet-stomeri lipbalm.


aku tahu takada orang kesah pun aku pakai ke tak. takada punya orang nak usha bibir aku, dan tak akan ada punya org cakap 'weh tak pakai lipbalm harini? terok gila hidup kau'. tapi aku peduli apa. itu kepuasan peribadi aku. even nak pergi tapau kat kedai yg sedekat 5 minit tu PON nak pakai. apakes?


kepuasan peribadi itu penting. =)



*** the mere fact behind all of this crap is, aku termisplace my sweet-stomeri lipbalm kat rumah abg aku dan sesungguhnya dengan xsampai rm30 dalam purse aku tak sanggup nak habiskan 3/4 daripadanya untuk membeli lipbalm baru. uwaaaa.


Sunday, November 16, 2008

tak penting dan tak payah baca. (tapi boleh komen ;B) ***edit

my post 2 days ago.

aku sedang membasuh belanga di sinki dan tibatiba:


Iz: kau pun buat rambut kat kedai ke?

(because my housemate spent about rm300 to perm her hair)

aku: taklah. ori. kenapa?

(muka siries gila gampang sebab tadi bad mood. sedangkan dalam hatiiiiiiii. bungabunga matahari... anggun mekar di taman sari)




jadi aku berhak untuk rasa rambut aku hebat dan menawan seperti membuat rawatan salon. ha-ha. kau peduli apa apa aku nak rasa.


*** Iz, semoga kitak sik tahu akan kewujudan blog kamek. ;D byebye.


* * *
edit

alang-alang aku dah buat topik ni
aku selitkan 1 formula khas untuk sesiapa yg nak merawat rambut kasar
tah kat mana-mana aku jumpa pun aku x ingat
tapi yg pasti aku pun tak pernah try lagi benda ni
sebab malas nak cari bahan
haha
kalau ada siapa2 yg dah buat nanti sharelah hasilnya ya. =)


1/4 cawan @ 50ml jus anggur
2 biji telur
1/2 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh ekstrak vanila
1/2 cawan @ 100ml air suam

blend semua bahan about 20s
sapu pada rambut
biarkan selama 5-10minit
bilas
then syampu seperti biasa.


selamat mencuba! *ting!




psssst: kalau rambut korang rosak jangan salahkan aku tau. hee.

Friday, November 14, 2008

munkin zainap lebih tepat

15hb ni (esok la tu) aku akan sit paper core subjek aku. selama 3 semester belajar subjek ni, aku tak pernah score. tiaptiap sem aku hanya berjaya mengutip B dan pernah 1 sem aku terkutip C. agak depress masa tu. sebab once dapat C, pointer akan terjejas. bukanlah nak cakap aku dean, dan bukan jugak aku dapat A semua subjek laen, tapi disebabkan C tu, pointer aku turun secara mendadak ketika semester 3. mendadak yg mendadak yg mendadak yg membuat aku rasa menyesal dan salahkan diri sendiri.

yelah, habes nak salahkan siapa lagi?

tibatiba teringat zaman menengah bawah. sains. buku catitan markah tu JARANG sangat warna hitam/biru kalau row aku. fail sentiasa. pernah masa tingkatan 2 ke 3 x ingat, cekgu shuhaimi panggil aku ke bilik seni sebab nak cerita pasal jantung. ala yg pasal vena kava, aorta, masuk keluar pam darah apakebenda tah tu, dia explain dengan bersungguh-sungguh tapi aku, lagi seronok tengok dia lukislukis gambar jantung daripada dengar dia explain. haha budak tak guna!

oh pelik ya. cekgu shuhaimi itu turut mengajar subjek seni sebab tu meja dia bukan di bilik guru. kalau dia panggil aku ke bilik guru yg dipenuhi dengan CNN tu, sumpah aku x pergi. siries. benci gila. aku dapat bayangkan mukamuka sinis kelompok CNN tu complete with ayatayat terbaek punya untuk buat anda rasa macam nak baling petiais kepada mereka. betul tak tipu.

hoi apabenda intro panjang gila ni. aku sebenarnya nak cerita pasal cekgu sains tingkatan satu je pon. bukan tingkatan 2,3. ok2 dulu masa tingkatan satu kan, ada seorang cekgu perempuan yg suka buat lawak kering dalam kelas aku. maksud lawak kering mengikut definisi nazmin-open-dictionary ialah, beliau membuat lawak, on purpose sebab nak menarik perhatian student atau kadangkadang tanpa sedar, tanpa sekelumit perasaan nak tergelak pun dalam hati.

kalau anda rasa muka anda jadi merah, hidung kembang kuncup tahan gelak, bersabarlah. tapi dia tak. muka dia sangat cool dan tatkala pelajar ketawa kahkahkah beliau hanya tersenyum kelat dan kadangkadang sinis. kalau anda skoolmate aku mesti anda akan ingat cekgu haris ganae nainar kan. tapi bukan! bukan. yg aku maksudkan ialah cekgu zainah.

cekgu zainah mengalami masalah kronik dimana beliau gagal menyebut huruf F tetapi digantikan dengan bunyian hurup P.

contohya, mohd fauzi bin yusuf akan berbunyi mohd pauzi bin yusup dan begitulah seterusnya. farrah farrizat akan jadi parah parizat. ahah. tengah try sebut nama sendiri la tu kan? kuikuikui. munkin ada yg terasa kalau aku gelakkan mereka, tapi tabahkan hati sajalah. bayangkanlah kalau farah fauzana dan faizal ismail berada 1 kelas dengan aku masa tu. ouh tentu lebih kelakar dan rasa seperti dalam zoo bukan. mentang2lah nama dia bukan zainaf. Kalau tak mesti dia takkan salah pronounce nama orang lagi.


Pssst, Syafaf, aku bersyukur kita bertemu di universiti, bukan di tingkatan satu intelek.


dalam hal ni, aku sangat bersyukur tiada huruf F dalam perkataan 'nazmin' tetapi jangan terkejut dengan situasi seterusnya yg mana kejadian ini lebih kronik daripada kegagalan menyebut huruf F.

sila lihat gambar di bawah. dan mari semak persamaan antara mereka. nanti aku jelaskan mengapa.


pic taken during SKOBA reUnion

rambut (x. aku pakai tudung dan takkan boleh buat rambut trojan sampai bila2)
iras muka (x. muka aku feminin haha)
kening. (x. aku nipis)
mata. (x. x sesepet)
hidung. (x)
bibir. (oh x. bibirku lebih menawan haha hak tuih)
gigi. (x. oh aku tengah cover, tak boleh buat comparison)
jerawat (x. muka aku licin dengan minyak 8 kati)
tahi lalat (x munkin!! itu adalah trademark tu wey3)
misai dan janggut. (oh tidak sama sekali)
warna kulit (x. tone tak sekata tapi aku lebih fair hahah)
ya aku lebih gemuk.


nama perempuan itu nazmin dan lelaki itu izwan atau nak glemer lagi, pak wan lalat. mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah mahupon persamaan dari segi fizikal dan rohani. jadi persoalannya ialah kenapa cekgu zainah mesti keliru tentang ini. ini siries...! (watak mingming dalam wonderpets).


ok sambong. setiap kali memanggil nama izwan, bola matanya akan terarah pada aku dan begitulah sebaliknya. mulamula memang aku tak perasan dan mestila tak pandang muka dia. seterusnya bila masuk makmal, aku takkan pandang muka dia bila nama dipanggil dengan harapan dia akan sedar. tapi tak. dia ulang sekali lagi, izwan moharaaaam, okla aku pandang. lepas tu dia akan cakap, mari ambil buku kamu. sigh~. dan aku jawab, bukan sayaaa, cekguuu. tuuuu. benda ni bukan satu kali terjadi, tapi BANYAK kali. sabar taaakkk ada cekgu lupa ingatan macam nii...



*** duludulu selalu rasa teringin nak bawak balik penunu bunsen dan tuku kaki tiga buat dapur masak megi. gila boring duduk asrama sekolah aku. gila!

Tuesday, November 11, 2008

teka-teki! siapa2 yg aku dah tanya jangan cuba2 berani nak jawab ok.

kalau dah tahu jawapan yg benar, pura2 tak tahu dan teka dengan jawapan laen yg salah (untuk jaga hati aku). tapi kalau kau memang betul2 tak tahu tapi rasa terselamat atas kata2 aku tadi, kau tak boleh tekan keyboard selama seminggu (tak tahu kenapa)
teka teki berbunyi begini:

baku: kenapa doraemon dan nobita tidak mahu datang ke Malaysia.

bi: why doraemon and nobita refuse to visit Malaysia.

mandarin: wei shenme doraemon he nobita bu yao qu Malaixiya?

kedah: awat doremon ngan nobita tu, depa tak mau mai sini?

kelantan: bakpo doremon dey nobita tokse haha ntah.

tamil: nanti aku tanya kugaa.

malaysia negara merdeka dan pelbagai mahkluk hidup di dalamnya.
aku maksudkan bangsa. peace.


* * *

kugaa cakap,

tamil:
yen doremono nobitawo malaysiaku vare matrange..??

haha tenkiu kugaa.

Saturday, November 8, 2008

selamat hari indah semua! (aku dedikasikan separuh bebelan ini khas buat liana dan alif)

pagi yg indah. dimulakan dengan alarm lagu bolasepak kedah, hijaukuning, pada pukol 620 am. aku pasti ramai rakyat kedah yg akan celik tatkala lagu semangat itu berkumandang. ya itu dia nelson sedang membawa bola, oh, dirembat pula ke arah marlon alex james dan marlon kini sedang mencari peluang untuk menambah jaringan dan membenam pasukan selangor. ah ada saja yg mahu berebut akan sebuah bola bulat itu, dan marlon! GOAAAAAAAAAAAAAAAAAAALLL!!!!!!! itu dia. marlon berjaya menjaringkan gol di saat2 terakhir ini. berguni2 pasukan kedah membawa balik bola pada satu ketika di stadium shah alam.

ah. dah 6.20. sumpah aku lapar gila. berpijak di bumi yg nyata, aku maseh lagi terbaring di atas tilam yg kurang empuk dan menyakitkan tulang belakang, bukan stadium yg ada si hensem helmi eliza.

babe, hg dah bangun?
sms aku tujukan pada syaf di bilik sebelah sebaik sahaja celik. nana, jadi ke mandi pool ni? tanyaku pada rumet setelah menerima sms komfermasi dari syaf. jadi... (sedangkan dia pun baru celik)


setelah siap, +- 640am, kami berjalan ke pool.

hoish! siapa sangka dikala pagi2 buta begini, ada segerombolan lelaki sedang bermandi-manda sambil bermain bola plastik di dalam pool. siriously, aku x expect ada lelaki yg sanggup buat begitu. kami bertiga buat2 cool berjalan ke kerusi terdekat untuk meletak towel dan sliper. yela, alang2 dah sampai takkan nak patah balik. bunyi2 unggas mula kedengaran.

feewwitt.
eh, macam pernah tengok la.
ina kan? weh bukanla. ni bla3 aku da lupa apa nama yg dia sebut.
unggas2 mula meliar dengan membaling bola plastik ke arah kami beberapa kali dan menyuruh kami mengutip dan membaling semula. bodoh. selepas kicauan unggas tidak diendahkan kami dimaki. sangat tak matang. memang celaka budak2 ni!

last2 kami balik. awal pukol 7 stalk dari balcony, dah senyap. semua dah balik. ah apa lagi! terjun!!
balik dalam pukol 8, memang sengal otot2. penat! sebab aku gemok dan x pandai berenang DAN saja2 nak memeriahkan majlis. haha. berenang maen2 setengah jalan dah sesak napas lah, air masuk telinga lah, masuk hidonglah, tenggelamtimbollah, macam2lah! haha. tapi at least hari ni aku macam ada effort nak berenang. tahniah untuk diri sendiri. ada kemajuan. maseh boleh dipertingkatkan.

balik terus mandi dengan niat akan tidor nyenyak selepas kejadian. ah. ada lagi makhluk yg nak mengganggu. tahsiapa2 miskol dan sms. pernah x ada orang sms anda pagi2 untuk berkenalan, seperti bertanya nama dan umor. pernah x? ok aku pernah. pagi tadi. seorang lagi makhluk tak matang. dan ya, munkin kurang siuman.

aku terus takleh tidor. bangun, goreng cucor yg hanya berintikan bawang, gula dan garam. ikan bilis dalam peket sudah habis dikerjakan oleh kucing2 sangap dirumah. mujur ada juga bahan laen. kalau ada tepung sahaja tanpa inti, mesti rasa macam berada di bosnia. kadang2 sulawesi. makan cucor bawang cicah sos cili kimball disudahi dengan vico cukop mengenyangkan, setakat pagi ini. ahh. indah.



cucor bujang yg menyelerakan (apakes gambar ni pon nak upload?)


pukol 11, menerima panggilan untuk mengambil cupcake. pukol 12 yg sangat rembang, cupcake diberikan kepada si penerima. aku berjaya menculik satu. xsangka aku telah merembat cake yg designnya hanya ada satu didalam kotak itu. haha. sorila. cupcake ini ditempah oleh nilam untuk diberikan kepada boifren beliau sempena befdaynya tidak lama lagi. betapa sweetnya mereka, hingga dia menempah tema 'Liverpool' memandangkan boifrennya adalah kipas-susah-mati pasukan itu. alif, kalau mu nak tahu, nilam beberapa kali cakap benda ni pada aku. (nilam, jgn marah. haha):

'untuk boifren tersayang! cari laen x taulaa.' -nilam sahabat karib saya.


cupcake with liverpool theme


cupcake mahkota parade bersama manik2 manis yg telah aku rembat

aku akhiri siang hari ini dengan memakan cucor bawang INSTANT cap adabi gorengan ayong pada pukol 650pm. rasa2 mana lagi sedap? =B.


***sekarang 10.04 jam laptop.sumpah aku dah lapar balik.

*** oh lupa, aku tolong sampaikan cupcake tu pada alif sebab cupcake tu ditempah di sini dan nilam di utara. mereka adalah long-distance-love yg sangat berjaya. salutlarh!

sesungguhnya tolong jangan marah aku atas gambar ini yg dicuri khas dari fs alif! haha!

Friday, November 7, 2008

because i'm not the man with his lazy-fat-pet


a man with his lazy-fat-pet

at least today, i took a challenge to create a hamper in 30 minutes for a mekdi (McD). and i did it! but the deserts only be given tomorrow. it's ok.

emm..i want to demand a set of 'move it-madagascar' and 'milo mcflurry' limited edition. hahah. beranganlah kau!


*** my firstfirstfirst hamper was only completed within 3 HOURS. hihi.




Wednesday, November 5, 2008

the donats day out - we'r having a blast plus sedikit tips berguna

sebenarnya dah lama plan nak keluar bertiga ni tapi tiada masa yang sesuai untuk dilaksanakan. jadi setelah berminit mesyuarat, tarikh paling cun ialah selepas habes jawab paper 1st, 31st Oct 2008.

oh ya, let me introduce siket pasal the donats. the donats adalah satu nama untuk organisasi kecil yang mana merangkumi 3 orang sahabat yang menjadi karib sebaik sahaja melangkah ke universiti. nama ini dipilih atas dasar saja-suka-suki kerana merasakan bahawa bunyinya sedikit comel dan tidak formal. the donats sangat suka menggunakan perkataan 'gemok' dan pekataan ini memang sangat berbeza daripada definisi gemok anda mahupun dewan bahasa dan pustaka. mereka tidak mempedulikan apa-kata-orangorang-busuk-hati kerana mereka bahagia dengan cara hidup mereka sendiri. ini terbukti.

jadi kira2 pukol 2 kami bergerak. hajat utama adalah untuk menghabiskan duit salah seorang ahli setelah beliau berjaya meng'claim' duit hasil titik peluhnya menguruskan sebuah dinner persatuan. dan duit itu akan dihabiskan sebahagiannya untuk menikmati sushi di sushi king. i loike!



Align Center
teh hijau tiada rasa, sesuatu yg macam pecal, udang goreng sedap dan ketidakeruan menggunakan chopstik.

lepas da kenyang...masa untuk karaoke!!! ohhooyyy. jadi kami pusing2 sunway pyramid tu nak cari red box. dari tingkat bawah ke atas dari yg lama ke yg baru. mestila dah tengok map skali kan. siries x jumpa. penat gila. dahla lepas makan terus jalan, bukan nak rehat dulu. ayah kami kata, bagi nasik turun perut dulu. yela, kat umah kan selalu makan nasik. tahmacamana tanya sorang pakgad ni, dia cakap redbox ada kat luar. ya memang, betul2 kat luar. cehh.. buang karan btolla. 48 taun pun takkan jumpa kalau cari kat dalam j..

jadi sebelum masuk, sempatla snap gambar dulu. hee. pantang. pantang jumpa cermin.


makan gaji buta, cermin kotor tak cuci.

fyi, redbox juga mengamalkan konsep student price, sama macam tengok muvi. jadi masing2 keluarkan kad matrik dengan harapan nak dapat student price. tibatiba ada sorang budak gemok berkata, ehh.. aku x bawak kad matrik la... hah kau bayarla normal price! hahaha! (gelak setan perut buncit kale merah pegang pedang). kalau dah budak gemok namanya, mestila dia x puas hati. jadi cari2 kad apa yg boley kencing cina tu supaya bagi dia student price. ah jumpa satu kad penyamaran. kad RICS. disebabkan cina tu tak tahu apa itu RICS jadi dia percaya dengan tulisan student member yang tertera pada kad tu. aku memang tak tahan sangat nak gelak. alih2 dia cakap,
miss, kalau u nak student price, kena ada member card. naaahhh. celah mana nak cari. berapa rinngit kalau nak buat? 5rm for the whole life. 5rm je weh? waaaawwww...

jadi sekarang aku dah ada member card untuk berkaraoke. xsangka. haha. ya baek2, sesuatu yg x patot dibanggakan. diamlah. (pssttt... kalau nak karaoke bawakla aku skali). pakejnya adalah 7rm per head per hour per, err.. plus free beverage. normal price 18rm tahuuu. jadi 3jam kami dalam bilik tu. bukan karaoke jamban ok. maka keluarlah segala lagu rox2 kapak macam awie, hattan, bpr, springspinspunsponge segala mak nenek. haha. memang belasah saja yakin boleh! best wowowow!!!



mineral water rm8, air free, titbits rm7 dalam mangkuk biru yg x seberapa nak kelihatan.

keluar je... helloo braderrr (suara serak2 rox gitu). memang penat, tapi best.

oh lupa, tentang sedikit tips berguna. kepada first timer to redbox/greenbox:

1. lepas anda masuk saja ke dalam bilik tu, ada orang akan tanya, nak oder air apa? anda jangan tertipu dengan menganggap ianya adalah air free yg dimaksudkan seperti dalam pakej. itu adalah helah semata2. jadi kami yg tertipu ini telah mengoder air mineral (bajet air yg berais akan mencacatkan suara sedap kami) yg mana kosnya adalah rm8 sebotol. memang celaka. jadi, sila beritahu dia anda tak mahu oder atau anda memang x sayang duit untuk itu.

2. tiba2, akan ada seorang staff yg muncul membawa titsbits (macam jajan). 2 mangkuk kecil yg ibarat mangkuk rendang untuk cicah ketupat. eh, janganla terliur. itu bukan free. semangkok itu berharga 7rm yang mana kalau beli di kedai runcit hanyalah 30SEN peket kecil. kot. okla 50sen. memang mangkok hayon betollla! jadi sila beritahu dia anda tak suka makan jajan kerana jajan membahayakan kesihatan atau anda memang x sayang duit untuk itu.

3. at last barulah ada orang datang dan mintak oder air yg free tadi. tapi untuk lebih sure, tanya lah terlebih dahulu. malu bertanya sesat jalan kaaaannn...pengajaran2.


masa pun tamat... kami keluar dengan rasa puas. seronok. tapi macam ada lagi lagu yg terlupa dimasukkan dalam list tadi. jadi maksudnya kena pergi lagi next time! haha.

cukop2. enjoy macam dah habes paper. sedangkan ada 3 lagi paper menanti. cik nazmin dan rakan2, sila kembali ke pangkal jalan yer.


menggila selepas karok. tengok, ada hantu sebelah perempuan bertudung itu.


*** selamat menghadapi peperiksaan semua! all the best! =)