the cooky wacky

Wednesday, October 29, 2008

sivaji the boss

aku dah bosan sangat time tu. tekan2 remote dari tv3 sampai 9. konon2 xlayan rtm la. mata dah berat tapi mcm awal lagi nak tdo. x bujang la tdo awal kan. kan?

ah. xmenarek perhatian. cuba2 tekan tv2.



cun kan beliau.

eh. ada perempuan cun tengah menari. lokasi: kamar tidur, ada kolam kat tengah. eh tepi kot? ah shadap. heroin seksi. mcm paham. jadi tak piker panjang, letak remote kat mana2 dan teruskan menonton.


aku bajet ni cite hindustan sampailah hero datang. aih?? tamil. ok. xp lah. layankan j. sebab heroin dia cun. syok btl aku tgk dia menari. tapi bila dtg hero j mesti aku rasa slek. geram btl. tapi kan, hero ni mcm femes. mcm penah dengar nama tu tapi still xdapat nak recall. x puas hati. jadi ingat nak tunggu sampai abes cerita so boleh tengok nama actor.


pukol 12am. besambung lepas berita la pulak. malas betul. tapi disebabkan curiosity yg meninggi, aku gagahi.


rambut blonde wowowo

bedasarkan pemerhatian aku, cite tamil skarang dah makin maju. hero heroin dah pakai wig. blonde siap kot. heroin pakai bra sa.ha.ja memang dah lama kan. apa lagi ah. oh. rumah dah besar, ada kolam. dah xde pengembala kambing dan pemerah susu lembu.


tapi identiti yg maseh tak dapat disangkal yelah, bila gadoh bawak geng. parang. makan roti tepi jalan. ancaman bunuh diri di jalan kereta api (dalam cite ni ad taww). tengah sedih kat ruang tamu rumah tiba2 boleh menari di puncak bukit atau tepi tasek. biasalah.


pukol 1. ending xsedih. naseb baek. aku tunggu lagi. nama pelakon maseh x kuar. tunggu lagi. rupa2nya bukan x kuar tapi semuanya tulisan tamil. 48 taun lagi pon takkan paham. kecewa.


balik rumah terus google.

oh. rajhini rupanya.

Sunday, October 26, 2008

it's a new hot style dude! check it out!

aku naek bas u80 dari shah alam. bas penuh dan luckily aku dapat seat walaupon sebelah aku adalah seorang lelaki gempal. dia duduk tepi tingkap dan aku hanya dapat duduk 3/4 dari seat. tiba di satu bustop di federal hiway, bas berenti dan segerombolan mamat indon naek. oh lupa, aku berada di bahagian belakang bas di mana seat di situ agak tinggi.

jadi mamat indon tadi naek dan beramai2 ke bahagian belakang sebab kat depan dah penuh. jumlah mereka tambahtolak dalam 7@8 orang. 3@4 orang dari mereka memakai attire yg sama ; singlet pagoda nipis (which you can see his tits) dan seluar kaki-kembang-bawah. dan singlet tu sangat jelas menunjukkan yg beliau sengaja mengoyakkannya menggunakan gunting/pisau. sudahlah pakai baju yg disangkakan hebat, bising pulak macam nak pecah bas. konon2 'hey org malaysia, aku cool!'. tengoklah aku!

lebih kurangla nih

ok la kau lelaki, taknak pakai baju pun xkesah. x aurat pun. tapi tolong la paham yg aku ni berada beberapa sentimeter dari ketiak kau yg terserlah bulu2 tejojol tu. dan boleh pulak angkat tangan tinggi2 dah tahu ada org kat bawah. siapa boleh tahan beb.

aku bukanlah nak pandai2 komen outfit kau. aku pon pakai biasa2 j. bukan luarbiasa macam kau. itu hak masing2 nak pakai apa. tapi, outfit ni memang aku x boleh terima. munkin kau suka, sebab tu kau pakai kan?

bila balik, aku teringat2 akan hal ni. aku tefikir tentang motif yg cuba disampaikan oleh si pemakai. jadi aku dah buat beberapa kesimpulan tentang motif tersebut. samada;

1. to become a trendsetter to malaysian.
2. to be a star (when people put an eye on them)
3. nak bagitau wartawan majalah cleo dan maskulin supaya memasukkan outfit mereka sebagai new hot style to pick this month dan dapat hadiah saguhati 50rm. manatahu boleh jadi part-time model.
4. kau buruh binaan dan takde duit nak beli singlet kalis koyak (walaupon x wujud) dan lebih tebal atau tshirt biasa.

munkin aku boleh terima kalau setakat singlet nipis tu. tapi perlu ke koyakkan singlet tu and pretend that nothing happen. semua org boleh nampakla badan kau x fair. tak perlu la nak jelaskan.

laenlah kalau kau pakai singlet macam kawan aku yg sorang ni. serious aku x kesah.




Thursday, October 23, 2008

mari menabong di dalam tabong kegemaran. ting!

boolat: weh cuba tengok tabong ayong.
montel: mana2?
boolat: tu.
montel: weyh?? mana boleh macam ni!
boolat: naaahh...tunggu lagi.
montel: jom!
* * *
boolat: ala, x kan yg ni je ada.
montel: ha lah. tak meriah langsung.
boolat: tapi aku macam bekenan yg tu.

jarinya ditunjukkan pada tabung lutsinar dan besar macam ayong.

montel: eh. besarnya. xmampu aku (nak menabung, haha~)
boolat: cuba tengok harga.
boolat: bapak ah wey. 34 ringget.
montel: erm. jomla kita cari tempat laen dulu. manataw watson ngan guardian ada.
* * *
boolat: xde la weh. tempat ni kecik. xde jual tabung. (dengan penuh yakin)

(aku nak tanya ni. watson/guardian mmg ada jual tabong k?)


montel: isk. macamana ni. aku tak mau balik kalau tak beli. jom naek tempat tadi.

* * *
montel: kak, kat sini ada jual tabong? (buat2 tanya. sedangkan tadi dah datang)
akak kedai: tu. teros, belok kiri. (siap bagi direction. rupa2nya ada lagi slaen tempat tadi. haha)

montel: aku nak yang ni! cooooooppp!
boolat: ala. aku keliru nak amek yang mana. (gemok gila)
* * *
dumdumdum naek tangga.
budak2 gemok: ayong!!!! kami dah beli tabong! ala. kami pon xnak kalah!
***dah lupa apa dialog ayong.
* * *
pada satu hari...

boolat: aku nak kira duit tabongmu! (oh sungguh tak malu beliau itu).
montel: aku bagi amaran. jangan siapa2 cuba2 nak pegang dan angkat tabung aku!

keluar dari bilik...
lepas tu datang lagi. 'tak kira nak jugak!'
slamber je dia amek dan....



ini tabong chantek kepunyaan montel



boolat tak malu bukak tabong orang.
sedangkan nak bukak tabong dia kena tabahkan hati gila sebab ketat.




hasil tabongan.


***jadi da tahu dah kenapa montel bagi amaran keras kepada semua orang.
***salah 1 faktor penyumbang duit boolat lagi banyak adalah kerana tabung boolat ada gambar duit.
jadi duit dia banyak.

Wednesday, October 22, 2008

sup gearbox raya. amaran: ini kesah sedih.

sepanjang hari ni hujan taknak berenti turun dari langit. tiba2 kelas ganti pukol 630pm turn to be at 8pm. ah. pasrah saja. dah hujan2 ni paham saja lah. agak2 nak abes klas, perot aku dah pandai bunyi2 mintak diisi. jadi aku, kami actually, decide nak pergi ani sup utara seksyen 7. personally, it's the superblicious soup ever.

tapi bukan pasal sup ni yg aku nak kesahkan. aku cuma terkenang2 sup gearbox raya fameliku.
setiap kali raya (can't exactly remember since when) parents aku dengan semangatnya akan beli daging bersama tulangtemulangnya untuk dibuat sup. sup gearbox biasanya dibuat untuk buka puasa terakhir sebelum raya dan hari2 seterusnya. aku awal2 lagi akan booking sum2 tulang kat abang aku dan dia mesti cakap, jomla makan sama2. tu adalah taktik terbaek supaya aku tak habiskan semua sum2 tanpa tinggal kat org belakang tahu. sum2 tu akan dicicah dengan sambal kicap buatan mak. kau tahu tak sum2 tu apa? sebenarnya aku pon x pasti itu sum2 atau apa tapi kedudukannya didalam tulang, berwarna putih, lembik macam lemak n i don't think it is a healthy food stuff. kalau kau pergi kedai then mintak sup tulang tu, dia akan bagi kau straw untuk sedut. kau tahu tak betapa nikmatnya sum2 tu? sila pergi cari kedai ani sup utara sekarang! munkin kau rasa geli. lantaklah. aku suka. erm..slurrrrpppp.lolipop!

bila tiba hari raya, perot aku mula mengerang. dan, 3 hari beturut2 aku akan ditemani ciritbirit disebabkan oleh sup gearbox kegemaran. padanlah muka aku. yg bestnya org laen xpulak saket maciyam aku. mak cakap perot aku memang alah. buatan tempatan munkin. bayangkan setiap tahun, bila pergi beraya aku x boleh makan banyak. sumpah takbest. yelah, takkan nak repeat pakai tandas rumah org banyak kali. mestila memalukan. manada gades melayu terakhir buat mcm tu. silap2 dia mintak a part of bil air rumah dia b4 aku balik.

diulang. amaran: ini kesah sedih. raya tahun ni, aku dah x ciritbirit. aku dah x kontrol makan di rumah org. aku dah takpayah sapu balm kat perut. dah xde adegan berebut sum2 tulang. dah xde org ketuk2 tulang ketungketang. kenapa. kerana. raya tahun ni abang dan fameli x balik. atas sebab2 yg aku faham dan boleh dimaafkan. tapi yg xbestnya, mak dah x buat sup gearbox, xsemangat gamaknya xde anak lelaki. mak sedih, aku tahu. aku juga sebak keterlaluan bila curi2 dengar perbualan telipon mak dan abang. mak menangis dalam hati, aku tahu. sebab aku anak, dan dia mak. aku juga bekongsi rasa yang sama.

**aku hanya ada 2 orang adekberadek.

memori hit zaman hingusan

lepas tamat saja sekolah tadika selama 2 tahun, tanpa membuang masa aku terus melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah yg teletak di sebelah sekolah tadika, masjid dan kubur. antara memori2 hit yg aku x boleh lupa ialah:


1.
paksaan memakai pinafor. ni adalah idea hebat mak aku dengan koloborasi cekgu tadika sebab mereka kawan baek. aku xpasti kenapa aku tak mahu pakai dan dia tepaksa akur untuk tempah baju kurung sekolah lepas aku ugut xmahu pergi sekolah kalau pakai pinafor. (dulu aku x suka pakai baju beli dan kaen koten). akhirnya, hari pertama masuk kelas, hanya ada 2 org saja yg pakai pinafor. pada 1 hari, ada sorang budak berak dalam kelas. bila dia bediri aku tengok tahi tu meleleh sampai kaki. munkin dia cirit birit. kan senang kalau dia pakai baju kurung macam aku, at least boleh kaver tahi tu.


2.
paksaan memakai tudung. lepas makan nasik lauk ikan 50sen dan air 20sen tym rehat, aku dan kawan2 lepak tepi longkang. tiba2 ada sorang pakcik datang. sila ikuti perbualan dibawah. oh lupa. pakcik tu kerani sekolah. dan dia org pas. (aku bukan nak berpolitik)


kerani: wey3, jangan kawan ngan dia.
kawan2: awat?
kerani: sebab dia x pakai tudung. (sambil gelak2)
kawan2: haha.
kerani: esok kalau dia xpakai tudung lagi kita gunting rambut dia.

babi3. aku dah sebak tym tu. dahla tegur depan kawan2. jatuh maruah aku. macam nak baling batu kat muka dia pon ada. dia xpaham ke aku baru darjah 3 dan kalau pakai tudung pon mesti selekeh cam haram cam xyah pakai tudung pon xpa. perkara ni belarutan sampai aku darjah 4. dia xpotong pon rambot aku. sampai aku dah kuar sekolah aku maseh benci kerani tu.


3. kejarmengejar dengan budak baru masuk. pada 1 hari, ada budak laki baru pindah skolah. dia masuk kelas aku. hensem. tinggi plak tu. kalau x silap nama dia izany. tapi org panggil mad. bengong. loghat dia sangat pekat dan kadang2 teselit pekataan yg hanya org2 tua saja guna. contohnya seperti kelih. setiap kali dia jawab soalan cekgu, semua org (perempuan sahaja) akan pandang. satu sebab dia hot, dua sebab cara dia cakap. ditakdirkan 1 hari aku gaduh ngan dia. adegan kejarmengejar berlaku dan hampir 1 sekolah kami round. tiba2 dia pegang kayu. aku dah menggelabah tahap gaban. disebabkan rumah aku dekat, aku baling beg tah kat mana2 dan terus lari balik rumah. naseb aku baek sebab dia tesungkur. fuh fuh. lega. petang tu aku tepaksa ajak ayah aku pergi sekolah nak cari beg yg aku baling tadi walopon kena marah sepanjang pejalanan. bila aku masuk sekolah menengah, aku dah jarang balik rumah. kadang2 bila aku balik, mak cakap, haritu mad datang rumah tanya aku. hahah. xsangka dia ingat aku lagi. aku ingat dia datang nak tuntut gaduh dulu2. tak tahu apa naseb dia sekarang. mad, eh x glemer, izany, i mis u! jom aa gadoh lagi! igt takot k?! haha~

4. sembahyang zohor. lepas sekolah pagi, ada sekolah tajuid pada waktu petang. selalunya antara gap tu aku akan balik mandi dan makan lepas tu pergi sekolah petang. 1 hal nya, ustaz ni setiap kali masuk kelas, soalan pertama yg dia akan tanya ialah siapa yang sembahyang zohor tadi?
takkanla aku tak angkat tangan kalau dah semua orang angkat tangan?


5. dah pandai buat geng. sekolah aku kecik, ada 2 kelas saja. jadi semua org akan kenal semua org. geng2 aku paling glemer sebab kami pandai. haha. sebenarnya xbuat geng pon, tiba2 saja wujud. nama geng ni diberi oleh cekgu2 sekolah atas sebab2 tertentu. nak tahu? ok nanti aku buat 1 topik baru. kamilah...geng minah lenggang. sangat buruk dan tak patot dibanggakan. tapi sekurang2nya aku ada geng.

6. kena rotan. aku seorang yg malas belajar jadi aku selalu x buat homework. pagi2 sebelum cekgu masuk, aku akan berusaha bersungguh2 untuk copy mereka yg rajen. 1 hari, aku xsempat copy. tiba2 cekgu matematik masuk dan nak tgk buku homework lalu mengugut nak hantar ke bilik guru besar. aku dah menggelabah. aku cuba kira cepat2 kat dinding sebelum masuk ke bilik gb. tapi x sempat. 2 soalan xsiap. cekgu tetap tak nak terima rayuan aku. dem! aku dirotan di bontot. saket wey! makbapak aku pon x penah rotan aku. argh! bontotku dinodai! lepas kejadian tu, aku tetap xbeganjak dari tengok cerita cina kat tv3 pukul 630 pm tapi malam2 aku akan paksa mak utk teman aku buat homework. haha. sayang mak!


*walaupun mak aku menangis, aku tak kesah. dia cuma terharu aku dapt 5A upsr.

Sunday, October 19, 2008

ke-satu



perhatian. ini post yg pertama. segala kelemahan tatabahasa pada entri ini dan yg seterusnya tidak akan dinaektaraf pada bilabila masa pon. sebab aku memang tak pandai mengarang. dan berbahasa. siries. tapi aku tetap nak buat blog. aku x kesah.

ok kenapa wajib letak flyer di atas. sebab aku tensyen aku tak pergi sana! warghhh! (kalau aku naga, mulut aku dah keluar api lepastu sebut abuuugit! kalau aku kesatria baja hitam, ntah, dah lupa dia buat apa. mcmana naga tgk gig. cuba bayangkan. munkin masa dia lompat2 stadium tu gegar2. pastu kalau dia menyanyi skali, org depan akan hangus dan rasa lebih teruk dari berada dalam sauna). rasa macam bangang malam ni. bangaaaang
.