the cooky wacky

Sunday, December 7, 2008

gila rasa bujang di perantauan wohh.

p/s: tahniah jika anda berjaya membaca sampai habes. =)




aku bersyukur ada kampung halaman.

i mean,
satu lot tanah yang mempunyai sebuah rumah diatasnya,
dikelilingi

beberapa batang pokok kelapa yang isi buah mudanya macam hingus sangat sedap diminum bersama air kelapa plus ais siket perghhhh,

pokok mangga yang masa muda sedap buat cicah garambelacan orang kampung aku panggil tapi kandungannya ada jugak gula cili kicap tahmanamana suksuka bagi nama

pokok rambutan yang kalau tengah musim pantang nampak buah mesti nak petik,

pokok kuinin yang dekat shah alam buahnya sekilo rm6.50 gila mahal kat rumah aku boleh dapat free,

pokok durian yang entah bila nak matang lembab betul tumbesaran,

jambu batu kampung yang aku rasa patut ditebang kerana menyemakkan kawasan rumah buah bukan sedap pun,

pokok bunga yang ayah suka tanam tapi malas nak jaga naseb baek rajin siram tiaptiap hari sebelum pergi buang sampah,

dan pokok cili yang aku suka tanam tapi jodoh ajal maut di tangan tuhan, tak sempat besar mudamuda dah mati.
sobsobsobri

dan tak lupa juga sebatang tali air di sebelah halaman rumah tempat di mana bila mak siang ikan isi perut tu dibaling ke dalamnya untuk breakfast atau lunch anakanak ikan jadi makbapak ikan tak payah susahsusah pergi pasar belikan makanan nanti jumpa spongebob dan patrick mesti nak borak lamalama tapi tu ok lagi macamana kalau jumpa squidward yang annoying tu nanti dia buat kecoh nanti tak sempat sampai rumah anakanak ikan dah mati kebuluran.
maaakk, pencemaran la maaakk.

tibatiba rasa macam dalam kawasan dusun plak. taktak, bukan dusun.

dulu depan rumah aku ada pokok buah durian belanda. durian belanda tuu. gila rare. jarang orang tanam pokok tu kat rumah. aku tak ingat kenapa pokok tu ditebang. tapi rasanya sebab memberi laluan kepada majlis perkahwinan abang aku. kira pokok tu macam menyempitkan space untuk letak khemah etc. aku tak heran pun pasal tu. kalau biar j pokok tu bahagia kat situ tak boleh k?
masa kakak ipar aku pregnant anak first, dia mengidam buah durian belanda. see?
aku dah cakap jangan tebang. tapi masa tu aku kecik lagi. takada orang nak dengar bantahan aku kot. woah, gila ada sentimental value aku kecikkecik. haha.



berbeza suasana di sini, pagipagi bangun pergi balkoni, inilah view aku.








time jalan kaki menuruni bukit,






pemandangan sebelah malamnya.







gila boring view tersebut. nak kata hutan konkrit, tak tepat kot. tapi apa apa pun yang pasti, tak sesegar dan senyaman suasana desa yang indah nan permai lah. kan.

tapi, lamalama kat kampung bosan jugak. takada hiburan, takada life orang kata. biasalah, mudamudi masa kini. untungnya ada kampung halaman ni, bila rasa penat belajar, bekerja, boleh balik, releasekan semuanya, jumpa ibubapa tercinta, tatap wajah mereka. selalu dengar suara melalui telefon sahaja.
ahh. rindunya.


ok 1:24 am. sedar tak. apa yang aku merepek takada kena mengena dengan topik pun.
aku bukan nak cerita pasal ni pun.
sigh~

aku dah mengantuk ni. tapi takapalah. pukul 2 tidur.

ok sambung. tau tak kenapa aku rasa bujang.
sebab
aku duduk sorang kat rumah.
semua orang beransur ansur pulang ke rumah masingmasing sempena cuti semester.
jangan tanya. malam first memang takut gila macammacam terbayang kat kepala tu la banyak sangat tengok drama swasta. lepas tu macam dah get use and siriesly aku rasa macam bujang, berdikari, pendek kata rasa hebat dapat survive. macam riak kan. sedikit sebanyakla. haha.

tadi aku masak megi.
gila betulbetul megi. rebus.
biasanya aku rajin nak buat megi goreng bersama telur resepi turun temurun tapi telur takada dan aku malas nak gi beli.
haritu aku kemas dapur, mop lantai. aku tak kisah pun kalau aku buat dengan rela. tapi masalahnya, yelah,

terima kasihla kat rumet aku yang guna dapur sorangsorang lepas tu tak kemas balik, berminyak,
lepas tu sampahsampah lepas kau masak kau biar sampai berulat melimpah ke lantai kau rasa hebat ke dapat menternak ulat banyakbanyak
lepas tu kucing kau berak tak mop balik kau ingat kalau simpan sampai sem depan boleh buat duit ke taik kucing tu

kan aku dah burukkan kau kat blog aku padan muka mintak maaflah wey
aku memang marah betul haritu sebab aku dah siap elokelok wangiwangi tibatiba bau busuk dan bila usha ulat dah penuh dan aku rimas dan aku tepaksa sarung dengan plastik hitam lagi satu kau bayangkan macamana aku nak sarung dan aku geli kau tahu tak!!

ok selamat hari raya aidiladha maaf zahirbatin.





selamat hari raya maaf zahir batin semuaaaa! =)




*** perantauannya aku. haha.

9 comments:

Hanis Zalikha said...

sumpah lawak ayat-ayat hang mint.

ykajane said...

mint ! aku raya KL gak tahun ni. gila rasa macam anak durhaka raya tak balik agagaggagaga

Liana Ezzana said...

weyhh..agak bosanla idop sensorangkan..walaupon ada tv/laptop/henpon/kucing dan sebagainya..

tp lps masak tak kemas sgt annoying.

nazminabdullah said...

fiwit fiwit!

nazminabdullah said...

@ ika

lepas durhaka boleh mintak maaf. haha.


@ liana

siries weyyhh. malam tu aku dengar takbir plak. surau depan rumah kot. tak menitik plak air mata.. sobsob

ha betul. dia memang troublemaker. dush2!

newt21 said...

sobsobsobrilujim
:P

nazminabdullah said...

hahah.
ingat lagi tuh.

flirtyohlala said...

hahaha
spa soh tamau blk!
sobbb!!
hhaha mengong mu!

nazminabdullah said...

mana ada. aku balik la tu pon.
cuma x sampai 24jam kat rumah dah raya.
gege.