the cooky wacky

Friday, November 14, 2008

munkin zainap lebih tepat

15hb ni (esok la tu) aku akan sit paper core subjek aku. selama 3 semester belajar subjek ni, aku tak pernah score. tiaptiap sem aku hanya berjaya mengutip B dan pernah 1 sem aku terkutip C. agak depress masa tu. sebab once dapat C, pointer akan terjejas. bukanlah nak cakap aku dean, dan bukan jugak aku dapat A semua subjek laen, tapi disebabkan C tu, pointer aku turun secara mendadak ketika semester 3. mendadak yg mendadak yg mendadak yg membuat aku rasa menyesal dan salahkan diri sendiri.

yelah, habes nak salahkan siapa lagi?

tibatiba teringat zaman menengah bawah. sains. buku catitan markah tu JARANG sangat warna hitam/biru kalau row aku. fail sentiasa. pernah masa tingkatan 2 ke 3 x ingat, cekgu shuhaimi panggil aku ke bilik seni sebab nak cerita pasal jantung. ala yg pasal vena kava, aorta, masuk keluar pam darah apakebenda tah tu, dia explain dengan bersungguh-sungguh tapi aku, lagi seronok tengok dia lukislukis gambar jantung daripada dengar dia explain. haha budak tak guna!

oh pelik ya. cekgu shuhaimi itu turut mengajar subjek seni sebab tu meja dia bukan di bilik guru. kalau dia panggil aku ke bilik guru yg dipenuhi dengan CNN tu, sumpah aku x pergi. siries. benci gila. aku dapat bayangkan mukamuka sinis kelompok CNN tu complete with ayatayat terbaek punya untuk buat anda rasa macam nak baling petiais kepada mereka. betul tak tipu.

hoi apabenda intro panjang gila ni. aku sebenarnya nak cerita pasal cekgu sains tingkatan satu je pon. bukan tingkatan 2,3. ok2 dulu masa tingkatan satu kan, ada seorang cekgu perempuan yg suka buat lawak kering dalam kelas aku. maksud lawak kering mengikut definisi nazmin-open-dictionary ialah, beliau membuat lawak, on purpose sebab nak menarik perhatian student atau kadangkadang tanpa sedar, tanpa sekelumit perasaan nak tergelak pun dalam hati.

kalau anda rasa muka anda jadi merah, hidung kembang kuncup tahan gelak, bersabarlah. tapi dia tak. muka dia sangat cool dan tatkala pelajar ketawa kahkahkah beliau hanya tersenyum kelat dan kadangkadang sinis. kalau anda skoolmate aku mesti anda akan ingat cekgu haris ganae nainar kan. tapi bukan! bukan. yg aku maksudkan ialah cekgu zainah.

cekgu zainah mengalami masalah kronik dimana beliau gagal menyebut huruf F tetapi digantikan dengan bunyian hurup P.

contohya, mohd fauzi bin yusuf akan berbunyi mohd pauzi bin yusup dan begitulah seterusnya. farrah farrizat akan jadi parah parizat. ahah. tengah try sebut nama sendiri la tu kan? kuikuikui. munkin ada yg terasa kalau aku gelakkan mereka, tapi tabahkan hati sajalah. bayangkanlah kalau farah fauzana dan faizal ismail berada 1 kelas dengan aku masa tu. ouh tentu lebih kelakar dan rasa seperti dalam zoo bukan. mentang2lah nama dia bukan zainaf. Kalau tak mesti dia takkan salah pronounce nama orang lagi.


Pssst, Syafaf, aku bersyukur kita bertemu di universiti, bukan di tingkatan satu intelek.


dalam hal ni, aku sangat bersyukur tiada huruf F dalam perkataan 'nazmin' tetapi jangan terkejut dengan situasi seterusnya yg mana kejadian ini lebih kronik daripada kegagalan menyebut huruf F.

sila lihat gambar di bawah. dan mari semak persamaan antara mereka. nanti aku jelaskan mengapa.


pic taken during SKOBA reUnion

rambut (x. aku pakai tudung dan takkan boleh buat rambut trojan sampai bila2)
iras muka (x. muka aku feminin haha)
kening. (x. aku nipis)
mata. (x. x sesepet)
hidung. (x)
bibir. (oh x. bibirku lebih menawan haha hak tuih)
gigi. (x. oh aku tengah cover, tak boleh buat comparison)
jerawat (x. muka aku licin dengan minyak 8 kati)
tahi lalat (x munkin!! itu adalah trademark tu wey3)
misai dan janggut. (oh tidak sama sekali)
warna kulit (x. tone tak sekata tapi aku lebih fair hahah)
ya aku lebih gemuk.


nama perempuan itu nazmin dan lelaki itu izwan atau nak glemer lagi, pak wan lalat. mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah mahupon persamaan dari segi fizikal dan rohani. jadi persoalannya ialah kenapa cekgu zainah mesti keliru tentang ini. ini siries...! (watak mingming dalam wonderpets).


ok sambong. setiap kali memanggil nama izwan, bola matanya akan terarah pada aku dan begitulah sebaliknya. mulamula memang aku tak perasan dan mestila tak pandang muka dia. seterusnya bila masuk makmal, aku takkan pandang muka dia bila nama dipanggil dengan harapan dia akan sedar. tapi tak. dia ulang sekali lagi, izwan moharaaaam, okla aku pandang. lepas tu dia akan cakap, mari ambil buku kamu. sigh~. dan aku jawab, bukan sayaaa, cekguuu. tuuuu. benda ni bukan satu kali terjadi, tapi BANYAK kali. sabar taaakkk ada cekgu lupa ingatan macam nii...



*** duludulu selalu rasa teringin nak bawak balik penunu bunsen dan tuku kaki tiga buat dapur masak megi. gila boring duduk asrama sekolah aku. gila!

16 comments:

nu_Ox3r said...

'mukamuka sinis kelompok CNN".istilah budak laki plak:GENG CAFE.saat membuka pintu bilik guru,mmg hati mendoakan mereka tidak menegur diri kita ini.

nu_Ox3r said...

selamat aku masuk f4.klu x,senasib ngn faiz.tp awat aku xknl pn dia.k aku xingat.dia mngajaq lg x ms f4???

nazminabdullah said...

geng cafe? ish. x glemer langsung.
dia pindah time fom3 kot.
jap.
sapa nama tadi? nama betul yg bukan sungkai tu.

nu_Ox3r said...

hg xtau k nama pnuh aku.kecewa gila cmni...

nazminabdullah said...

tabahkan hati. bagi aku masa 24 jam untuk recap. esok lepas exam aku usahakan.

nazminabdullah said...

oh wait. tibatiba aku teringat. so kena bagitau jugak b4 tidur. bapa hg sani kan? ok esok nama hg pulak. janji.

Liana Ezzana said...

ish..maciyam2 la cekgu skola hang ni...tp aku teringat la ustazah haku..ko igt x rancangan famili ceria kt ntv7..yg bila peserta jwb, host dia akan ckp 'kita tgk apa kata surveyy..'

ha..ustazah aku suka wat papan hijau tu macam board dlm cite tuh..bila kitorg jwb, nnt die tgk papan tu n kata 'kita tgk apa kata surveyy..' sdgkan kt papan tu xde tulis pape pon..

gemuk kan ustazah aku

flirtyohlala said...

hahahaha
cik zainah mmg psiko!!
aku x leh ckp ngn dia klau x gelak depan muka dia!!hahaha

nazminabdullah said...

@zzana

wey? gila gemok.
patot agama hg dapat A. kan.

nazminabdullah said...

@ nilam

siries. aku tau hg memang TAK AKAN boleh tengok muka dia sampai bilabila. at least aku boleh tahan gelak sampai hidong kembang.

flirtyohlala said...

izaidah adalah jambu cikgu zainah!
:D

nazminabdullah said...

takyah cakap la dia tu. semua cekgu pon jambu kot. kecuali ustaz alias. hahah.

flirtyohlala said...

aku la jambu ustaz alias
sbb dia suka teguq aku
aurat..aurat..
haha.igt x tym balqis tepegang dia??

nazminabdullah said...

balqis? siries?
bilamasa? hahah. mesti lawak.
cepat2 cita! *excited*

aku ingat. lengan baju nak2 lipat sampai siku. pastu kalau jumpa dia tengah jalan baru nak kalut tarik turun bawah. haha. terok gila hg nilam. (eh aku pon sama)

Faiez Fauzi said...

haha! Nostalgia gila.. apa khabar cikgu zainah skrg? aku pn belajar ngn dia dulu. suka. best2 walopn nama aku jd paiz pauzi..

aku penah kena cubit kot ngn dia.. sbb gelak dlm kelas.. "dok gelak apa tu paiz pauzi.. " huhuuuuu

adeh... penat gila gelak..

nazminabdullah said...

haha. nama hg.

betoi2 dia suka cubit. huh. suka2 ja

tah. lama gila x contact.