the cooky wacky

Friday, November 28, 2008

mimpi itu sejenis permainan



kah?



lately aku selalu mimpi. aku boleh cakap macam ni sebab dah lama jugak mimpi tak kacau aku.

aku akan gelakgelak bila bangun kalau mimpi tu sangat mengarut macam ym dengan alien kat planet zuhal pakai loghat kedah atau pakai baju angkasawan dan main guli kat bulan dengan sheikh muzaffar atau
tidur dengan nobita dalam poket doremon. tapi aku akan rasa sedih dan akan piker dan akan tanya semua orang terutamanya mak aku kalau aku mimpi benda2 siries macam mimpi seseorang meninggal dan yang sewaktu dengannya.

tapi selalunya, bendabenda yang aku mimpi mesti relate dengan apa yang aku buat atau piker atau nampak atau baca atau dengar pada hari kejadian. aku rasa lah. sebab bila aku pikerpiker balik, mesti ada kena mengena. mesti punya.



contohnya, semalamsemalam, aku mimpi mak dan ayah aku bercerai. sedih macam apa. puas aku tanya kenapa tapi takada jawapan. aku apa lagi. menangis tak ingatingat. bangun tidur tengok dah basah bantal. haha. then aku cakap dengan mak, mak, semalam orang mimpi mak dengan ayah becerai. mak aku cakap apa tah, satu ayat sa.ha.ja lepas tu sibuk bagitau dah bayar insurans bagai. hampeh j. tak ambik pot langsung. penat aku rembeskan air mata. tapi yang pasti parents aku tak becerailah. hehe. amin.

ok pikerpiker balik, aku ada terbaca post beliau sebelum tidur. carilah sendiri apa kaitannya. haha. malass.



malam semalam, aku mimpi MAK DAFI AJAK AKU PERGI RUMAH DIA DAN SURUH AKU KELUAR DATING DENGAN ANAKNYA. DAN YA, AKU BERDATING DENGAN ANAKNYA. ok jangan muntah di depan pc mahupun laptop anda. sumpah aku tak minat dafi. dan dalam mimpi tu, orang itu namanya sahaja dafi tapi wajah dan fizikalnya bukanlah dafi si jambu air itu. haha. aku tak tahu muka siapa yang dafi pakai tapi yang aku ingat, kami keluar menaiki kereta beliau yang tersimpan di satu tempat rahsia haha sengal. dan ibunya sangatlah bersungguhsungguh menyuruh kami berdating kerana katanya dafi jarang keluar dengan perempuan. wahahahhahaha mimpi gilabodoh tahap gaban apakah ini.

ok pikerpiker balik,aku ada tertengok gambar kawan aku yang diambik bersama dafi di plaza masalam dan muka pinjam tu aku rasa, aku rasala, series aku tak ingat, tapi aku rasa la (eyyh nak kena lempang kot?) ,kawan kepada kawan aku yang datang melawat ibunya yang sakit di demc. hahahahaha sengal tak sengal.



dan lagi satu, minggu lepaslepas kot, aku mimpi yang aku keluar dengan boyfriend kawan aku. wehh. tak berniat pon. and yang ni aku rasa sampai kiamat pun maseh tak dapat cari puncanya. siries aku kawan baek dengan mereka berdua dan takada hati pun dengan bf beliau. mintak mahaplah. mimpi je pon. haha.


ingat lagi, masa kecik kecik selalu mimpi nak pergi toilet. then bila dah sampai terus kencing. pastu esok bangun mak bising tilam dah basah. haha. bila besar siket, mimpi dah jalan pergi tolet, tapi bila sampai teragak agak nak kencing ke tak sebab macam tak sure ada kat atas katil ke toilet. haha. tahapahapantah.



soo.. kesimpulannya banyak perkara yang aku mimpi adalah adaptasi daripada aktiviti harian aku. yang takada kena mengena tu aku anggap je selingan kepada mimpimimpi adaptasi. haha.



anda pula?
jika berminat boleh ke sini untuk mengetahui tafsiran mimpi anda. percaya atau tak terpulang. rilek rilek sudah.




*** malam ni aku ingat nak mandi pool tapi hujan turun dengan lebatnya. jadi samasama lah kita berdoa agar aku tak berenang atas katil ya semua.



6 comments:

Liana Ezzana said...

bodow sial mimpi dafi..weyh..adakah kau berenang atas katil?

nazminabdullah said...

siries.

x. tak mimpi apa2 pun smalam. tapi bangun pagi kepala sakit macam nak pecah. k takda kena mengena. hee.

misz_A said...

tumpang lalu...got here from liana n thru hanis.. hehe

nazminabdullah said...

tumpang2.
eh, lalu2.
ehh. apa2lah.
welkam2. =)

Liana Ezzana said...

eh tibe tringat yg hg mimpi mak hg bercerai tu kan..(na'uzubilah)

em aku teringat la mak aku slalu ckp..pesan nabi kalau mimpi buruk jangan cerita kat org..

aku xpastila kenapa tapi aku menyimpulkan bahawa mungkin sebab kata-kata kita kan doa..takot jadi betol..kot..

weyhhh...munkin aku da penah ckp benda ni kat semua org..hahahh..bai

nazminabdullah said...

ok2 delete post ni skang!