the cooky wacky

Thursday, November 20, 2008

kepuasan peribadi itu penting.

BAGI AKU.
orang laen aku x tau.


bagi aku, semua orang ada hak.



bagi aku, suka hatilah orang nak cakap apa asalkan aku bahagia.



tapi bagi aku jugak, tak semua benda yg aku boleh amalkan konsep ni. sebab hati aku tak sebiskuat tiger, kadang-kadang memang tak tahan dengan kata-kata busuk orang.



tapi semalam, aku nampak sorang perempuan ni, gemuk amat, bukan chubby tapi memang gemuk dan tak berapa chantek pada aku (but remember beauty is in the eye of beholder). dia dengan gagah beraninya memakai skirt pendek berjalan ke kedai mamak yg sah-sah kedai mamak memang ramai orang.



dan lagi satu aku nampak di sunway, muka macam dah berumur, memakai baju oren, seluar pendek kuning, kasut kale apa aku tak ingat tapi yg pasti memang x match. langsung.

oh ya. dan aku avril. suara aku agak sedap dalam album tapi sedikit terkutuk bila live, tapi aku peduli apa. kalau kau taknak dengar tak payah beli tiket tengok konsert aku. beli album ori pon ok. (eh avril kau tak paham kan apa aku cakap)

memang kadang-kadang tak faham kenapa ada orang yg sanggup buat macam ni tapi bagi aku, kepuasan peribadi tu penting. mungkin orang meluat gila tengok apa yg dia dress up tapi bagi dia, itu sudah cukup untuk membuatkan dia kelihatan cun. pedulilah apa orang nak cakap.



kalau tak suka cara orang berpakaian, tak payah tengok. bila jalan, jalan straight tak payah tengok orang sekeliling so takdelah nampak keburukan orang. kalau tak suka lagi, tak payah cakap apa-apa, tapi berfikir secara positif, semua orang ada hak masing-masing. kan senang.



dan aku pulak, setiap kali keluar mesti nak pakai lipbalm. MESTI. sebab aku rasa tak yakin kalau tak pakai. benda wajib yg aku mesti bawak pergi mana-mana adalah lipbalm. aku boleh tertinggal hp, kunci rumah, nota lecturer bagi last week, asg siap separuh jalan, pendrive yg sekarang dah rosak, nota fotostasi Mayudin atau kotak pensel pink comel ke kelas BUT NOT my sweet-stomeri lipbalm.


aku tahu takada orang kesah pun aku pakai ke tak. takada punya orang nak usha bibir aku, dan tak akan ada punya org cakap 'weh tak pakai lipbalm harini? terok gila hidup kau'. tapi aku peduli apa. itu kepuasan peribadi aku. even nak pergi tapau kat kedai yg sedekat 5 minit tu PON nak pakai. apakes?


kepuasan peribadi itu penting. =)



*** the mere fact behind all of this crap is, aku termisplace my sweet-stomeri lipbalm kat rumah abg aku dan sesungguhnya dengan xsampai rm30 dalam purse aku tak sanggup nak habiskan 3/4 daripadanya untuk membeli lipbalm baru. uwaaaa.