the cooky wacky

Wednesday, November 5, 2008

the donats day out - we'r having a blast plus sedikit tips berguna

sebenarnya dah lama plan nak keluar bertiga ni tapi tiada masa yang sesuai untuk dilaksanakan. jadi setelah berminit mesyuarat, tarikh paling cun ialah selepas habes jawab paper 1st, 31st Oct 2008.

oh ya, let me introduce siket pasal the donats. the donats adalah satu nama untuk organisasi kecil yang mana merangkumi 3 orang sahabat yang menjadi karib sebaik sahaja melangkah ke universiti. nama ini dipilih atas dasar saja-suka-suki kerana merasakan bahawa bunyinya sedikit comel dan tidak formal. the donats sangat suka menggunakan perkataan 'gemok' dan pekataan ini memang sangat berbeza daripada definisi gemok anda mahupun dewan bahasa dan pustaka. mereka tidak mempedulikan apa-kata-orangorang-busuk-hati kerana mereka bahagia dengan cara hidup mereka sendiri. ini terbukti.

jadi kira2 pukol 2 kami bergerak. hajat utama adalah untuk menghabiskan duit salah seorang ahli setelah beliau berjaya meng'claim' duit hasil titik peluhnya menguruskan sebuah dinner persatuan. dan duit itu akan dihabiskan sebahagiannya untuk menikmati sushi di sushi king. i loike!



Align Center
teh hijau tiada rasa, sesuatu yg macam pecal, udang goreng sedap dan ketidakeruan menggunakan chopstik.

lepas da kenyang...masa untuk karaoke!!! ohhooyyy. jadi kami pusing2 sunway pyramid tu nak cari red box. dari tingkat bawah ke atas dari yg lama ke yg baru. mestila dah tengok map skali kan. siries x jumpa. penat gila. dahla lepas makan terus jalan, bukan nak rehat dulu. ayah kami kata, bagi nasik turun perut dulu. yela, kat umah kan selalu makan nasik. tahmacamana tanya sorang pakgad ni, dia cakap redbox ada kat luar. ya memang, betul2 kat luar. cehh.. buang karan btolla. 48 taun pun takkan jumpa kalau cari kat dalam j..

jadi sebelum masuk, sempatla snap gambar dulu. hee. pantang. pantang jumpa cermin.


makan gaji buta, cermin kotor tak cuci.

fyi, redbox juga mengamalkan konsep student price, sama macam tengok muvi. jadi masing2 keluarkan kad matrik dengan harapan nak dapat student price. tibatiba ada sorang budak gemok berkata, ehh.. aku x bawak kad matrik la... hah kau bayarla normal price! hahaha! (gelak setan perut buncit kale merah pegang pedang). kalau dah budak gemok namanya, mestila dia x puas hati. jadi cari2 kad apa yg boley kencing cina tu supaya bagi dia student price. ah jumpa satu kad penyamaran. kad RICS. disebabkan cina tu tak tahu apa itu RICS jadi dia percaya dengan tulisan student member yang tertera pada kad tu. aku memang tak tahan sangat nak gelak. alih2 dia cakap,
miss, kalau u nak student price, kena ada member card. naaahhh. celah mana nak cari. berapa rinngit kalau nak buat? 5rm for the whole life. 5rm je weh? waaaawwww...

jadi sekarang aku dah ada member card untuk berkaraoke. xsangka. haha. ya baek2, sesuatu yg x patot dibanggakan. diamlah. (pssttt... kalau nak karaoke bawakla aku skali). pakejnya adalah 7rm per head per hour per, err.. plus free beverage. normal price 18rm tahuuu. jadi 3jam kami dalam bilik tu. bukan karaoke jamban ok. maka keluarlah segala lagu rox2 kapak macam awie, hattan, bpr, springspinspunsponge segala mak nenek. haha. memang belasah saja yakin boleh! best wowowow!!!



mineral water rm8, air free, titbits rm7 dalam mangkuk biru yg x seberapa nak kelihatan.

keluar je... helloo braderrr (suara serak2 rox gitu). memang penat, tapi best.

oh lupa, tentang sedikit tips berguna. kepada first timer to redbox/greenbox:

1. lepas anda masuk saja ke dalam bilik tu, ada orang akan tanya, nak oder air apa? anda jangan tertipu dengan menganggap ianya adalah air free yg dimaksudkan seperti dalam pakej. itu adalah helah semata2. jadi kami yg tertipu ini telah mengoder air mineral (bajet air yg berais akan mencacatkan suara sedap kami) yg mana kosnya adalah rm8 sebotol. memang celaka. jadi, sila beritahu dia anda tak mahu oder atau anda memang x sayang duit untuk itu.

2. tiba2, akan ada seorang staff yg muncul membawa titsbits (macam jajan). 2 mangkuk kecil yg ibarat mangkuk rendang untuk cicah ketupat. eh, janganla terliur. itu bukan free. semangkok itu berharga 7rm yang mana kalau beli di kedai runcit hanyalah 30SEN peket kecil. kot. okla 50sen. memang mangkok hayon betollla! jadi sila beritahu dia anda tak suka makan jajan kerana jajan membahayakan kesihatan atau anda memang x sayang duit untuk itu.

3. at last barulah ada orang datang dan mintak oder air yg free tadi. tapi untuk lebih sure, tanya lah terlebih dahulu. malu bertanya sesat jalan kaaaannn...pengajaran2.


masa pun tamat... kami keluar dengan rasa puas. seronok. tapi macam ada lagi lagu yg terlupa dimasukkan dalam list tadi. jadi maksudnya kena pergi lagi next time! haha.

cukop2. enjoy macam dah habes paper. sedangkan ada 3 lagi paper menanti. cik nazmin dan rakan2, sila kembali ke pangkal jalan yer.


menggila selepas karok. tengok, ada hantu sebelah perempuan bertudung itu.


*** selamat menghadapi peperiksaan semua! all the best! =)

12 comments:

flirtyohlala said...

haha.kt penang karok satu lgu 1.20!
bkn karaoke jamban!!
jom!!!

nazminabdullah said...

siries??
jom!
sem depan!
tapi kira2 balik cam sama ja.
sini 7rm/1jam.

flirtyohlala said...

eh.mcm lg murah kan
tp air mineral mahai nk mampos!!!!

nazminabdullah said...

ha. 7rm tu student price. free air. lagu murah la weh! air mineral takyah beli! bawak sniri. gegege

Liana Ezzana said...

baikah nazmin aku terharu dgn official welkam thdp aku..

luahan perasaan:
1. aku berasa sgt bahagia time donat.day.out.
2. aku macam nk wat jugak member kad redbox.

nazminabdullah said...

my pleasure.

1.aku juga bahagia sayang. kahkahkah.
2.habes pasni hg g karok takpayah ajak aku la. sedih sobsobri.

Anonymous said...

-air, tit bits tu kena byr pasal sudah mlm.
-kalu time siang sumenye adlah percuma. (sumenya lyn diri, ameklah sepuas2 nya.)
-sorg pun byr rm6.xx je (siang).
-harga mlm dan siang adalah berlainan.
-kalu time office hours sahaja!(sehingga jam 5 sahaja)
-sekian.

nazminabdullah said...

oh sekejap.
kami masuk redbox pukol 4.30 PETANG ye fyi.
kenapa tak ada pon promosi hebat seperti anda war2kan.
tiputipuuuuu

Anonymous said...

masih adakah tmpat2 mengambil titbits tu? atau sudah kemas? atau anda terlalu xcited menuju kebilik sambil di dlm kepala berbaris lagu2 yg anda mahu nyanyikan dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling? anda tertipu dgn layanan staf yg memberi perkhidmatan dr bilik ke bilik seperti anda seorg yg xklusif? tidak melihat2 keadaan bilik selepas masuk? mana la tau, jmpa duit ke, hp ke kat celah2 sofa tu. trus meluru sape yg mahu nyanyi dulu berebut mikofon(blk kecik ada 2 mikrofon, blk besar ada 4 mikrofon). pergilah time bufday anda nnt. celebrate situ je,blk VIP nyer,pergh......kenapa aku harus tipu? setiap minggu aku ke sana. kenapa aku jd mcm promoter pulak nih?

nazminabdullah said...

setiap minggu?! kau ni pekerja part time kat sana ke.

eh,
adakah anda sedang bercerita mengenai redbox di sunway pyramid?
aku sangat musykil dengan situasi yg anda cuba buktikan.
dan kami dapat 3mic. bukan dua atau empat. aduh.

Liana Ezzana said...

Anonymous:
-kalu time office hours sahaja!(sehingga jam 5 sahaja)
-masih adakah tmpat2 mengambil titbits tu? atau sudah kemas?

Aku kwn min:
=>> kata smpai pukul 5..pastu bila org ckp dtg pukul 4.30 kata dah kemas pulak??????

Anonymous:
-(blk kecik ada 2 mikrofon, blk besar ada 4 mikrofon)

Aku kwn min:
=>> kami dapat 3 microfon..bilik apakah itu? bilik sederhana??

Anonymous:
-tidak melihat2 keadaan bilik selepas masuk? mana la tau, jmpa duit ke, hp ke kat celah2 sofa tu. trus meluru sape yg mahu nyanyi dulu berebut mikofon

Aku kwn min:
=>> kami dtg situ mmg nak nyanyi..bukan nak mencari rezeki

Anonymous:
-pergilah time bufday anda nnt. celebrate situ je,blk VIP nyer,pergh......

Aku kwn min:
=>> sudah pernah..terima kasih

nazminabdullah said...

liana, aku sokong hg 189 peratus dowh.