the cooky wacky

Sunday, November 23, 2008

imbasan kisah silam : edisi nok dan pengalaman pertama.

19:05 pm tepat. aku berjalan kaki pulang.
ugghhh.. hari yg dilalui sangat memenatkan.. sigh~

bendabenda kecik dan remeh untuk disusunatur datang bertimpatimpa. yg dioder tak sampai, yg tak oder pulak sampai berkatonkaton. demand kurang supply lebih pon masalah jugak bai. haih. benci betul.

teringat masa mulamula dulu. ada satu hari tu aku buat kirakira. hasilnya, perbelanjaan aku untuk sem ni, minus dari duit pt. aku malas nak mintak kat parents lagi macam sem-sem lepas. kecuali untuk hal-hal yg macam bayar road tax dan insurans la kan.aku malasla nak pakai duit sendiri. hehe. pikir2, aku terus cari.

aku malas nak tanya mak dulu. dah dapat komfermasi baru inform. sebab dari duludulu lepas spm aku mintak nak buat duit sendiri mak mesti tak bagi. lepas tu cakap takpa, ayah boleh tanggung lagi. aduhh. memangla. tapi orang nak duit seniri, tak paham ke..
tapi aku tahulah, mak ayah cuma risau keselamatan aku. satusatunya anak perempuan kaann...

ok2 back. pasal mulamula dulu. aku pergi satu kedai ni. harini mintak esok terus dapat. agaknya tempat tu memang nak pakai orang kot. bersyukur jugak aku. daripada aku buat burger dan goreng fries kat kedai 24jam yg merekamereka kata sangat memenatkan tu, atau jadi cashier kat kedai 3warna 24jam jugak tu, lebih baek aku memberi khidmat di sini.

bos baek.
hanya ada 3orang ahli lelap termasuk aku. perempuan semuanya.
boleh sembang pasal girl stuff sedaya upaya.
boleh cuci mata sedaya upaya.
boleh masuk Masalam sedaya upaya.
boleh beli nasik lemak pakcik Joe sedaya upaya.
boleh oder goreng-goreng kat maple yg tak penah wujud delivery tapi untuk kami boleh, sedaya upaya.
boleh gelak kuatkuat sedaya upaya.
boleh masuk sukasuka hati sedaya upaya.
masuk pukol 8pm balik 10pm pon aku penah buat sedaya upaya.
holamak. mana lagi nak cari tempat macam ni.
gila heaven bakhang.

kat sini ada attire code yg perlu dipatuhi. sebab takada uniform macam tempat laen.

1st day. aku siap dengan kemeja, seluar slack zaman tah bilabila, mekap, (sweet-stomery-lipbalm in memory (:_;)). dan pumps. pergh. gila rasa semat. tapi slek gak kat kasut. kalau pakai heel memang terbaek la kot.
bukak pintu, "haaaiiiii.....!!" -okay naseb baek semua orang nak hai kat aku dengan wajahwajah ceria menyambut tetamu.
"haaaaaiiii". *senyum*
tahu tak apa yg mereka pakai? tshirt, seluar bukan slack lembut,selipar. selipar? ya selipar!
huwaaaaa. mana nak letak muka niiiii. malunyaaaa. gila skemaaaa. mekap siap tak tahaaaannn. kemeja lagiiiiii. uuuhhhh. tolongtolong! rasa macam nak duduk dalam stor taknak keluar!

"ni untuk awak"
"haaaaaa kena pakai ni ke??" -muka yg penuh tanda tanya sana sini.
"aah. kenapa. tak suka k?"
"aaaa.. taaakk.. tak. cuma rasa janggal.." -cubaan mengcover perasaan tak suka.

weh.. aku bukan kat secret recipe nak kena pakai apron... (:_;)


perkenalkan, ini acik, ini nok. ya. nok-dia lah orang yg bertanggungjawab merendah-rendahkan kredibiliti aku dan gelakgelak bila aku salah. sial je. masa dia berenti, aku, nok dan acik slowtalk. sesi luahan perasaan whatsoever. acik cakap, nok suka usha bontot aku dan gelakgelak sebab masa pakai slack aku kelihatan seksi bagi beliau. owwhhh wtf! jujurlah, aku rasa dia pengkid. sebab ada satu hari aku curious yg teramat-amat, aku curicuri baca sms dalam fon nok. ada sorang pompuan panggil dia abang. omg. meremang wey!

2nd day. waktu nak mop lantai. haha. aku memang agak malu dengan insiden yg tak dijangka ni. aku tuang ajax sesedap bau. buih nak lebih. aku mop dari belakang. mop, mop, mop dan mop dengan penuh yakin.

tibatiba,
''miiiiiiiinnnnn......! apa awak buat niiiiiiii"
"mop"
"ye...awak ni mop lantai ke nak basuh kedai.."

dapat bayangkan tak apa yg aku dah buat? hahaha. naseb baek bos tak marah. sayang bos!
tapi at least aku tak mop dan pijak balik tempat yg dah dimop. jangan cakap takada org buat. ada ok! acik cakap.
lepas tu boleh tak bos aku suruh nok yg ajarkan aku mengemop dengan cara yg betul. kenapa perempuan ini jugak yg jadi tenaga pengajar akuuu wahai boooosss... huwaa!

tapi selepas harihari gelap tu, semua dah ok. gurauan berjalan dengan lancar. nok sangat lawak dan mudah dibuli. acik cakap, nok memang ada perangai rasa-diri-hebat siket. yelah, mereka dah lama disitu. tapi hubungan acik dan nok sangat baek. sangat bestfriend. baguslah. sekarang nok dah berenti. dah balik sabah pun.. eh tapi dengar cite dia nak datang semenanjung balik! hah sudaaahhh....



*** sebenarnya banyak lagi yg aku nak story. terutamanya pasal gelagat-gelagat customer yg datang. kadang-kadang aku sendiri tak paham kenapa aku yg bukan penyabar sangat orangnya ni boleh besabar dengan kerenah customer yg pelbagai. kadang-kadang nak gelak pun ada. haha. ehh, dah gelak apahal. teringat something la tu. ^_^. tapi nantinantilah. ngantuk sudeh. babai semua.


* edit *

1. semalam bos ada pesan kat aku ''min, akak taknak min jadi macam Limah bukan nama sebenar, dia malas buat kerja, suka dudukduduk sampai akak buatbuat mintak tolong baru nak gerak". "ok akak. *senyum*"

2. tapi tadi kamikami main iron iron rambut masa bos takada dan customer siket. haha. bestbest! sorila bos! bukan selalu. senyom siket. hehe.

3. aku lupa nak mintak maaf kat nok sebab curicuri baca sms dia.
sori nok! *hihi*


4 comments:

Liana Ezzana said...

hoi2..sonok ye keje situ ye..nasb kau ah senang jek dpt keje..
aku tgh pencarian keje nih..tgh carik2 kt suratkaba td pastu sume nk min diploma and aku baru sedar aku xde diploma..degree pon blom dpt..sijil matrik mane laku..kite ni taraf spm je weyyyhhhhhh.

sobs.

nazminabdullah said...

yg kau ni nak cari kat suratkaba bagai macam nak keje bs lak. kata nak keje hotel arituh. da try blom. ni ha kat sebelah2 kedai aku ada butik. iklan da lama kua. tanak try?
eh kedai aku? wakakak

Liana Ezzana said...

takdelah mase dok sembang2 ngn adik aku..saje tgk2 suratkaba kot2 ada..smlm aku ada mintak kt kedai kain kat sec 9..kt area2 blkg cili merah tu la kot..sebelah2 kedai ko xtgk pulak. nanti i tgk la

nazminabdullah said...

kedai kaen eh..
cop nak kaen koten free 1 !!
okla2 diskaun pon blehla.
thee