the cooky wacky

Wednesday, October 22, 2008

sup gearbox raya. amaran: ini kesah sedih.

sepanjang hari ni hujan taknak berenti turun dari langit. tiba2 kelas ganti pukol 630pm turn to be at 8pm. ah. pasrah saja. dah hujan2 ni paham saja lah. agak2 nak abes klas, perot aku dah pandai bunyi2 mintak diisi. jadi aku, kami actually, decide nak pergi ani sup utara seksyen 7. personally, it's the superblicious soup ever.

tapi bukan pasal sup ni yg aku nak kesahkan. aku cuma terkenang2 sup gearbox raya fameliku.
setiap kali raya (can't exactly remember since when) parents aku dengan semangatnya akan beli daging bersama tulangtemulangnya untuk dibuat sup. sup gearbox biasanya dibuat untuk buka puasa terakhir sebelum raya dan hari2 seterusnya. aku awal2 lagi akan booking sum2 tulang kat abang aku dan dia mesti cakap, jomla makan sama2. tu adalah taktik terbaek supaya aku tak habiskan semua sum2 tanpa tinggal kat org belakang tahu. sum2 tu akan dicicah dengan sambal kicap buatan mak. kau tahu tak sum2 tu apa? sebenarnya aku pon x pasti itu sum2 atau apa tapi kedudukannya didalam tulang, berwarna putih, lembik macam lemak n i don't think it is a healthy food stuff. kalau kau pergi kedai then mintak sup tulang tu, dia akan bagi kau straw untuk sedut. kau tahu tak betapa nikmatnya sum2 tu? sila pergi cari kedai ani sup utara sekarang! munkin kau rasa geli. lantaklah. aku suka. erm..slurrrrpppp.lolipop!

bila tiba hari raya, perot aku mula mengerang. dan, 3 hari beturut2 aku akan ditemani ciritbirit disebabkan oleh sup gearbox kegemaran. padanlah muka aku. yg bestnya org laen xpulak saket maciyam aku. mak cakap perot aku memang alah. buatan tempatan munkin. bayangkan setiap tahun, bila pergi beraya aku x boleh makan banyak. sumpah takbest. yelah, takkan nak repeat pakai tandas rumah org banyak kali. mestila memalukan. manada gades melayu terakhir buat mcm tu. silap2 dia mintak a part of bil air rumah dia b4 aku balik.

diulang. amaran: ini kesah sedih. raya tahun ni, aku dah x ciritbirit. aku dah x kontrol makan di rumah org. aku dah takpayah sapu balm kat perut. dah xde adegan berebut sum2 tulang. dah xde org ketuk2 tulang ketungketang. kenapa. kerana. raya tahun ni abang dan fameli x balik. atas sebab2 yg aku faham dan boleh dimaafkan. tapi yg xbestnya, mak dah x buat sup gearbox, xsemangat gamaknya xde anak lelaki. mak sedih, aku tahu. aku juga sebak keterlaluan bila curi2 dengar perbualan telipon mak dan abang. mak menangis dalam hati, aku tahu. sebab aku anak, dan dia mak. aku juga bekongsi rasa yang sama.

**aku hanya ada 2 orang adekberadek.

1 comment:

nazminabdullah said...
This comment has been removed by the author.