the cooky wacky

Wednesday, October 22, 2008

memori hit zaman hingusan

lepas tamat saja sekolah tadika selama 2 tahun, tanpa membuang masa aku terus melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah yg teletak di sebelah sekolah tadika, masjid dan kubur. antara memori2 hit yg aku x boleh lupa ialah:


1.
paksaan memakai pinafor. ni adalah idea hebat mak aku dengan koloborasi cekgu tadika sebab mereka kawan baek. aku xpasti kenapa aku tak mahu pakai dan dia tepaksa akur untuk tempah baju kurung sekolah lepas aku ugut xmahu pergi sekolah kalau pakai pinafor. (dulu aku x suka pakai baju beli dan kaen koten). akhirnya, hari pertama masuk kelas, hanya ada 2 org saja yg pakai pinafor. pada 1 hari, ada sorang budak berak dalam kelas. bila dia bediri aku tengok tahi tu meleleh sampai kaki. munkin dia cirit birit. kan senang kalau dia pakai baju kurung macam aku, at least boleh kaver tahi tu.


2.
paksaan memakai tudung. lepas makan nasik lauk ikan 50sen dan air 20sen tym rehat, aku dan kawan2 lepak tepi longkang. tiba2 ada sorang pakcik datang. sila ikuti perbualan dibawah. oh lupa. pakcik tu kerani sekolah. dan dia org pas. (aku bukan nak berpolitik)


kerani: wey3, jangan kawan ngan dia.
kawan2: awat?
kerani: sebab dia x pakai tudung. (sambil gelak2)
kawan2: haha.
kerani: esok kalau dia xpakai tudung lagi kita gunting rambut dia.

babi3. aku dah sebak tym tu. dahla tegur depan kawan2. jatuh maruah aku. macam nak baling batu kat muka dia pon ada. dia xpaham ke aku baru darjah 3 dan kalau pakai tudung pon mesti selekeh cam haram cam xyah pakai tudung pon xpa. perkara ni belarutan sampai aku darjah 4. dia xpotong pon rambot aku. sampai aku dah kuar sekolah aku maseh benci kerani tu.


3. kejarmengejar dengan budak baru masuk. pada 1 hari, ada budak laki baru pindah skolah. dia masuk kelas aku. hensem. tinggi plak tu. kalau x silap nama dia izany. tapi org panggil mad. bengong. loghat dia sangat pekat dan kadang2 teselit pekataan yg hanya org2 tua saja guna. contohnya seperti kelih. setiap kali dia jawab soalan cekgu, semua org (perempuan sahaja) akan pandang. satu sebab dia hot, dua sebab cara dia cakap. ditakdirkan 1 hari aku gaduh ngan dia. adegan kejarmengejar berlaku dan hampir 1 sekolah kami round. tiba2 dia pegang kayu. aku dah menggelabah tahap gaban. disebabkan rumah aku dekat, aku baling beg tah kat mana2 dan terus lari balik rumah. naseb aku baek sebab dia tesungkur. fuh fuh. lega. petang tu aku tepaksa ajak ayah aku pergi sekolah nak cari beg yg aku baling tadi walopon kena marah sepanjang pejalanan. bila aku masuk sekolah menengah, aku dah jarang balik rumah. kadang2 bila aku balik, mak cakap, haritu mad datang rumah tanya aku. hahah. xsangka dia ingat aku lagi. aku ingat dia datang nak tuntut gaduh dulu2. tak tahu apa naseb dia sekarang. mad, eh x glemer, izany, i mis u! jom aa gadoh lagi! igt takot k?! haha~

4. sembahyang zohor. lepas sekolah pagi, ada sekolah tajuid pada waktu petang. selalunya antara gap tu aku akan balik mandi dan makan lepas tu pergi sekolah petang. 1 hal nya, ustaz ni setiap kali masuk kelas, soalan pertama yg dia akan tanya ialah siapa yang sembahyang zohor tadi?
takkanla aku tak angkat tangan kalau dah semua orang angkat tangan?


5. dah pandai buat geng. sekolah aku kecik, ada 2 kelas saja. jadi semua org akan kenal semua org. geng2 aku paling glemer sebab kami pandai. haha. sebenarnya xbuat geng pon, tiba2 saja wujud. nama geng ni diberi oleh cekgu2 sekolah atas sebab2 tertentu. nak tahu? ok nanti aku buat 1 topik baru. kamilah...geng minah lenggang. sangat buruk dan tak patot dibanggakan. tapi sekurang2nya aku ada geng.

6. kena rotan. aku seorang yg malas belajar jadi aku selalu x buat homework. pagi2 sebelum cekgu masuk, aku akan berusaha bersungguh2 untuk copy mereka yg rajen. 1 hari, aku xsempat copy. tiba2 cekgu matematik masuk dan nak tgk buku homework lalu mengugut nak hantar ke bilik guru besar. aku dah menggelabah. aku cuba kira cepat2 kat dinding sebelum masuk ke bilik gb. tapi x sempat. 2 soalan xsiap. cekgu tetap tak nak terima rayuan aku. dem! aku dirotan di bontot. saket wey! makbapak aku pon x penah rotan aku. argh! bontotku dinodai! lepas kejadian tu, aku tetap xbeganjak dari tengok cerita cina kat tv3 pukul 630 pm tapi malam2 aku akan paksa mak utk teman aku buat homework. haha. sayang mak!


*walaupun mak aku menangis, aku tak kesah. dia cuma terharu aku dapt 5A upsr.

7 comments:

nazminabdullah said...
This comment has been removed by the author.
nazminabdullah said...
This comment has been removed by the author.
bok asmi said...

bok.....kadaran bahase ko agak menarik tapi dr segi tatabahase kne di perbaiki seluruhnyer...aku rase ko padam je sume yg ko taip td.then taip balik mengikut susunan abjad,sastera melayu asli serta antagonis yg sesuai tok semua peringkat umo..kalo boleh bia kucing kat umah sewe ko pon leh paham ape yg ko nak sampaikan yer..aku bagi satu bintang per sepuluh..cube lagi..mase bnayak lagi..jangan buang mase ngan pohpohpoh kau k..emm tata n see a..renung2kan & selamat beramaL..
~kelapa & orkiD~

nazminabdullah said...

haha..ini yang kau nak suruh aku abadikan! bok...kau bagi aku naek vespa kau round semenanjung malaya dulu baru aku betulkan..

bok asmi said...

tarahalla john..ini malam juga aku sampai depan umah ko..jum..ade beran..
ahaha...
~kelapa&orkid~

nazminabdullah said...

pohpohpoh...malam ni hujan..tido jelah bok..
(sememangnya aku dah xd alasan nak bagi untuk mengatakan tidak beran)

p/s: aku taknak peduli pasal bahasa pengantaraan. biarkan. kau maseh faham kan?

nu_Ox3r said...

wei..link dlu blog ak kt blog hg